Nampaknya kehidupan cinta Selena Gomez dan tunangnya, Benny Blanco tidak berjalan lancar kebelakangan ini. Peminat meluahkan rasa bimbang mereka dengan menyatakan Benny telah menipu dan berlaku curang dengan rakan lama Selena iaitu Theresa Marie.
Walaupun Selena menafikan khabar angin tersebut dengan memuat naik gambar mereka di Instagram, peminat tidak berpuas hati dan yakin dengan kebenaran khabar angin tersebut.
Khabar angin ini muncul selepas Selena dilaporkan telah unfollow Theresa di Instagram apabila ada dakwaan bahawa Benny telah melanggan akaun OnyFans wanita itu.
Menambah ‘api’ kepada khabar angin tersebut, sebuah video yang tular menunjukkan Benny sedang makan malam bersama seorang wanita yang dipercayai Theresa.
@harry.danielsi just wanna talk @benny blanco #bennyblanco #selenagomez
♬ original sound – harry daniels
Malah seorang kakitangan mendakwa kedua-dua mereka telah mendaftar masuk ke hotel di bawah nama “Benny T” dan kelihatan ‘terlalu selesa’. Video itu turut mendedahkan bahawa Theresa tidak meninggalkan bilik sehingga pukul 4.52 pagi.
Sementara itu, beberapa pengikut Selena mendakwa Theresa dilihat berkunjung ke rumah Benny ketika founder Rare Beauty itu tiada. Walau bagaimanapun, tiada bukti untuk menyokong dakwaan ini.

Setakat ini, Selena dan juga Benny masih belum mengulas mengenai khabar angin ini. Manakala Theresa Marie pula dilihat masih mengikuti akaun pasangan itu di Instagram.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.