[VIDEO] “Aku Peluk Islam Masa Umur 4 Tahun” Josiah Horgan Jawab Soalan Netizen

1 day ago 14

Pelakon dan pemuzik Josiah Hogan baru-baru ini menarik perhatian ramai apabila menjawab persoalan netizen mengenai status agamanya melalui satu video di TikTok. Dalam video tersebut,

Josiah menjelaskan bahawa beliau telah memeluk Islam sejak usia empat tahun, bersama ibunya yang ketika itu berusia 24 tahun.

“Aku selalu dapat soalan macam ini. Jadi, jawapan dia ya aku Islam. Aku dengan mak aku, masuk Islam masa umur aku empat tahun, umur mak aku 24 tahun,” jelas Josiah dalam video tersebut.

Beliau turut berkongsi bahawa ibunya, selepas pulang dari kerja, memintanya mengucap dua kalimah syahadah, dan sejak itu mereka berdua kekal sebagai Muslim hingga kini. Kerana terlalu kerap mendapat soalan yang sama, beliau tampil memberi penjelasan beserta kapsyen semoga beliau menjawab soalan dan isu ini selesai sampai bila-bila.

@josiahpadillahogan

Replying to @Anna semoga dapat menjawab soalan nie and settle sampai bila2 🤣👍🏻 #josiahhogan #islam #soalan #jawapan #alhamdulilla

♬ Awkward Moments – AstroMusic

Latar Belakang Josiah Hogan

Josiah Padilla Hogan, atau lebih dikenali sebagai Josiah Hogan, dilahirkan pada 30 Ogos 1986 di Kingsville, Texas, Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjaya lakonan di Malaysia sekitar tahun 2010 dan terkenal dengan peranan dalam drama seperti “Bicara Hati” dan filem seperti “Manisnya Cinta Di Cappadoccia”. Selain berlakon, Josiah juga aktif dalam bidang muzik bersama kumpulannya, Maddame.

Pada usia tujuh tahun, Josiah berpindah ke Malaysia bersama ibunya. Beliau kini menetap di Malaysia dan telah berkahwin dengan Nurul Hidayu Mohamed Nordin sejak 2013, serta dikurniakan empat orang anak.

Reaksi Netizen

Video perkongsian Josiah di TikTok menerima pelbagai reaksi daripada netizen. Ramai yang terkejut dan kagum dengan kisah penghijrahannya pada usia yang sangat muda. Ada juga yang mengakui pernah keliru mengenai agama Josiah disebabkan nama dan rupanya yang berwajah Pan-Asia.

“Saya pun tertanya-tanya dari dulu. Alhamdulillah terjawab sudah,”

“Bersabar la bro, stigma masyarakat bila nampak muka bukan Melayu memang macam itu pemikiran mereka,”

“Aku minat gila kau bro. tambah Dalam maddame”

“Saya pn tertanya2 dr dulu. Alhamdulillah terjawab sudah. Tq”

“Alhamdulillah masih islam moga tetap islam hingga akhir hayat”

“Alhamdulillah, interestingnya”

Kisah Josiah Hogan memeluk Islam pada usia empat tahun bersama ibunya merupakan satu inspirasi, terutama dalam konteks masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia. Keputusan beliau untuk terus menetap dan membesarkan anak-anak dalam persekitaran Islam menunjukkan komitmen dan keikhlasan dalam memeluk agama Islam.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |