Khabar baik buat pelajar dari Sabah yang bakal melangkah ke institusi pengajian tinggi (IPT). Kerajaan Negeri Sabah kembali menawarkan Bantuan Tunai Pendaftaran Institusi Pengajian Tinggi (BUDI) sebagai salah satu inisiatif bagi membantu meringankan beban kewangan keluarga ketika fasa penting permulaan pengajian.
Bantuan ini bukan sahaja tertumpu kepada pelajar IPT, tetapi juga melibatkan pelajar sekolah yang memenuhi syarat tertentu, dengan fokus utama kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Apa Itu Bantuan BUDI Sabah?
BUDI merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Sabah yang diperkenalkan bagi membantu pelajar kelahiran Sabah, yang melanjutkan pengajian ke IPT sepenuh masa di dalam atau luar negara yang diiktiraf.
Ia dilihat sebagai antara bantuan penting untuk mengurangkan tekanan kewangan awal seperti yuran pendaftaran, persediaan pengajian dan kos permulaan kehidupan sebagai mahasiswa.
Jumlah Bantuan Mengikut Peringkat Pengajian
Antara yang menjadi perhatian ramai, bantuan ini diberikan secara one-off dengan kadar seperti berikut:
- Diploma / Asasi / Matrikulasi: RM1,500
- Ijazah Sarjana Muda: RM2,000
Jumlah ini dilihat sedikit sebanyak mampu membantu pelajar mengurus kos awal ketika pertama kali menjejakkan kaki ke kampus.
Tarikh Permohonan Dibuka
Permohonan Bantuan BUDI Sabah telah dibuka bermula 20 April 2026, dan boleh dilakukan secara atas talian oleh pemohon yang layak.
Menurut maklumat yang dikongsikan, pemberian bantuan dijangka akan disalurkan selepas proses semakan dan kelulusan dibuat oleh pihak kerajaan negeri.
@ecentral.myReplying to @hangry cat Bantuan IPT Sabah 2024 ni valid untuk pelajar diploma, asasi, matrikulasi dan degree. Boleh dapat insentif tunai hingga RM2,000. Jom apply ramai-ramai! #bantuanipt #skimbantuanpendaftaranipt #bantuankewanganipt #bantuanawalipt #bantuansabah #bantuanpelajar #bantuaniptsabah
♬ Cute heartwarming BGM(1490583) – sanusagi
Syarat Kelayakan BUDI Sabah
Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi beberapa syarat asas yang telah ditetapkan, antaranya:
- Warganegara Malaysia dan berasal dari Sabah
- Berstatus Bumiputera Sabah
- Kategori B40 atau M40
- Pelajar IPTA atau IPTS sepenuh masa
- Kemasukan kali pertama ke IPT pada tahun 2026
- Mempunyai surat tawaran atau pengesahan kemasukan IPT
Bantuan ini turut merangkumi pelajar peringkat asasi, matrikulasi, diploma dan ijazah sarjana muda sama ada di dalam atau luar negara.
Dokumen Penting Untuk Permohonan
Antara dokumen yang perlu disediakan termasuk:
- Salinan surat beranak
- Kad pengenalan atau dokumen pengesahan
- Slip gaji atau pengesahan pendapatan ibu bapa
- Surat tawaran dan pengesahan kemasukan IPT
Cara Mohon
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian sahaja melalui portal rasmi: BUDI
Pemohon dinasihatkan untuk memastikan semua maklumat diisi dengan lengkap bagi mengelakkan sebarang masalah semasa proses semakan.
Bagi Murai, inisiatif seperti BUDI ini memang antara yang dekat di hati pelajar terutama mereka yang baru nak mula kehidupan di kampus. Kos permulaan IPT bukan kecil, jadi bantuan seperti ini sedikit sebanyak boleh beri “nafas lega” untuk keluarga. Walaupun jumlahnya berbeza ikut peringkat pengajian, impaknya tetap besar untuk bantu ringankan beban awal pelajar. Harapnya lebih ramai yang layak dapat man

4 hours ago
3







![[VIDEO] Kangana Ranaut Hampir Diburu Gara-Gara Bekas Kekasih- “Mereka Gelar Saya Ahli Sihir, Minum Darah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-21.webp)












![[VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen ‘Fitting’ Busana Tuala ‘Good Morning’, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)








![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)





