Sumbangan Secara Diam Diam Siti Nurhaliza Buat Ustaz Kazim Raih Pujian Warganet

23 hours ago 8

Satu hantaran di Tiktok milik Rosmadi Othman telah menarik perhatian ramai apabila memaparkan sebuah video pendek berdurasi 1 minit 15 saat yang memaparkan petikan ceramah oleh pendakwah terkenal, Ustaz Datuk Mohammad Kazim Elias.

Sukar Untuk Bergerak

via Kosmo

Dalam video tersebut, Ustaz Kazim berkongsi keadaan kesihatannya yang kurang baik, sehingga menyebabkan beliau sukar untuk bergerak.

Beliau menjelaskan bahawa salah satu kakinya semakin mengecil akibat penyakit yang dialaminya, yang memaksanya meneruskan rawatan bagi memulihkan semula kesihatan.

Kalau tuan-tuan tengok kaki saya sebelah ini, kaki saya kecil… habis, sambung lagi rawatan.

Menerima Sumbangan Dari beberapa Individu

via Murai

Dalam perkongsian tersebut juga, Ustaz Kazim turut mendedahkan bahawa beliau telah menerima beberapa bentuk sumbangan daripada individu yang prihatin dengan keadaanya.

Antara sumbangan tersebut termasuk sebuah basikal elektrik dan tiga buah kerusi roda.

Menariknya, sumbangan tersebut datang daripada tokoh-tokoh terkenal termasuk Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pendakwah Ebit Lew, serta seorang lagi individu bergelar Datuk.

Apa yang menariknya, menurut Ustaz Kazim, salah satu kerusi roda tersebut telah dihantar sendiri oleh Siti Nurhaliza ke kediamannya.

Raih Pujian Warganet

via Harian Metro

Tindakan ini mencetuskan pelbagai reaksi positif di ruangan komen.

Ramai memuji keikhlasan dan kerendahan hati penyanyi tersohor itu, yang tidak menghebahkan sumbangannya kepada umum.

Warganet menyifatkan pendekatan sebegitu sebagai contoh terbaik dalam membantu orang lain, ikhlas tanpa gembar-gembur.

Malah, ada yang berpendapat bahawa sikap inilah yang menjadikan Siti Nurhaliza terus relevan dan disayangi hingga ke hari ini.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |