Buat peminat Bollywood dan juga Marvel Cinematic Universe (MCU), kamu berkemungkinan akan melihat debut Shah Rukh Khan (SRK)!
Pengguna platform X @MarvelLeaks22, yang turut dilabel sebagai orang dalam Marvel, telah mencetuskan spekulasi baru dengan menyiarkan foto SRK dan memberi hint kepada kerjasama yang bakal berlaku.
Bagaimanapun siaran tersebut menjelaskan bahawa projek yang dikhabarkan itu tidak melibatkan filem Avengers: Doomsday yang bakal ditayangkan. Jika disahkan, ini akan menandakan kemunculan sulung SRK dalam MCU.

Sehingga ke hari ini, ia hanya disahkan bahawa SRK antara beberapa pelakon India, termasuklah Farhan Akhtar, Harish Patel dan Mohan Kapur; yang telah dipilih untuk muncul dalam projek Marvel.

Spekulasi ini muncul selepas bintang Captain America: Brave New World iaitu Anthony Mackie secara terbuka memuji SRK, menggelarnya sebagai pilihan utama untuk menyertai Avengers. Anthony juga tidak berputus asa, menggelar SRK sebagai pelakon “yang terbaik”.

Selain Anthony, Benedict Cumberbatch yang terkenal dengan watak Doctor Strange turut menyatakan sokongannya terhadap idea SRK menyertai MCU, memuji bakat dan juga daya tarikan globalnya.
Sehingga ke hari ini, belum ada kenyataan rasmi daripada Marvel Studios atau SRK. Apa pun peminat dan Murai berharap ia adalah kenyataan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.