Peminat muzik balada, bersedialah! Penjaga Hati anda, Nadhif Basamalah, akan hadir secara live di Kuala Lumpur pada 11 September 2025 sempena konsert jelajah Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025.
Ya, betul! Penyanyi berjiwa tenang dengan vokal yang mampu buat hati luluh ini bakal menggamatkan The Exchange Hall, Petaling Jaya.
Bawa Bersama Energy Dan Emosi Lagu Hit
via OPR NetworkDianjurkan oleh After School dan Banyak Bagus Entertainment, konsert ini adalah antara detik paling dinantikan, bukan hanya oleh peminat, malah oleh Nadhif sendiri!
Kuala Lumpur adalah salah satu lokasi paling istimewa dalam tour ini.
Kami sangat teruja untuk membawanya ke sini.
Bukan sekadar menyanyi, Nadhif akan membawakan energy dan emosi dari lagu-lagu hitnya seperti To Be With Me, Without Me (Sera) dan tentunya lagu yang menobatkannya sebagai idola ramai, Penjaga Hati.
Sejak debut menerusi Wonder in Time pada 2022, nama Nadhif Basamalah terus mencanak naik.
Bukan Sekadar Acara, Tetapi Ia Adalah Pengalaman
via OPR NetworkDari membuka pentas untuk Tulus di Makassar, ke menghasilkan karya-karya yang menyentuh perasaan seperti Jatuh Cinta Lagi dan Bergema Sampai Selamanya, dia membuktikan dirinya bukan sekadar bintang baru, tapi bintang yang bersinar terang.
Untuk yang sudah lama menanti peluang melihat Nadhif secara langsung, inilah masanya.
Tiket telah mula dijual di Ticketmelon dan bilangannya amat terhad. Jangan terlepas peluang eksklusif ini untuk menyanyi, menangis, dan jatuh cinta bersama-sama ratusan peminat lain.
Kalau anda peminat setia, jangan tunggu lagi. Konsert ini bukan sekadar acara, ia adalah pengalaman.
Jadi, tandakan kalendar anda — 11 September 2025, The Exchange Hall, Petaling Jaya.
Kenakan pakaian terbaik, bawa hati yang bersedia untuk dijaga, dan bersedia untuk jatuh cinta (lagi) di Nadhif Basamalah – Menjaga Hati Asia Tour 2025 Live in Kuala Lumpur.

3 months ago
116

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
