Sebaik sahaja selesai penahanan terhadap wanita warga asing di Kajang akibat serangan tikaman rawak, kini muncul pula kes pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) diserang oleh wanita warga asing dari China.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku ketika pemeriksaan pelepasan di KLIA Terminal 1 semalam (14 Ogos 2025), apabila seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen.
Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 7.40 malam semalam (14 Ogos 2025), wanita terbabit bersama seorang lelaki dan dua kanak-kanak hadir untuk pemeriksaan pelepasan. Tetapi mereka ditahan kerana tidak mempunyai rekod pergerakan masuk, dan seterusnya dibawa ke penyelia untuk semakan lanjut.
Memetik kenyataan daripada Kosmo, Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia (AKPS) menyatakan bahawa suspek tidak berpuas hati apabila diminta untuk berikan laluan kepada penumpang lain sementara semakan dibuat. Disebabkan oleh itu, wanita warga China itu telah memaki hamun dengan perkataan kesat, menarik tudung pegawai dan menolak kepalanya ke arah tiang di hadapan kaunter.
“Suspek enggan bertenang walaupun diarah berbuat demikian sehingga menyebabkan berlakunya pergelutan kecil. Pegawai AKPPS kemudiannya memanggil Pasukan Keselamatan Penerbangan (AVSEC) untuk mengawal keadaan.”
Foto – @rizalhakimm_punyer (Threads)Akibat serangan wanita warga China itu, mangsa telah mengalami bengkak di sekitar mata kiri, sakit kepala di bahagian kanan dan lenguh badan. Mangsa juga telah dirujuk ke Hospital Cyberjaya untuk laporan dan pemeriksaan lanjut.
Suspek kini dalam tahanan polis dan kes diasat di bawah Seksyen 186, Seksyen 332 dan Seksyen 353 Kanun Keseksaan.
Untuk rekod, baru-baru ini seorang wanita warga asing telah ditahan selepas melakukan serangan tikaman rawak di pekaj Kajang. Serangan tersebut telah mengakibatkan enam orang awam cedera; dua ditahan wad untuk pemeriksaan lanjut dan empat didaftarkan sebagai pesakit luar.

3 months ago
117

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)

































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)

![[VIDEO] Gelagat Ebit Lew Bertemu Sajat, Cetus Usikan Netizen!-“Boleh Je Salam..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/71382A9E-F8B8-43D6-8D64-A40B0C9165C4.jpeg)
