[VIDEO] G-DRAGON di Axiata Arena, Bukit Jalil! Harga & Benefit Tiket VVIP Jadi Tumpuan

5 hours ago 4

Ya betul — G-DRAGON akhirnya bakal turun ke Malaysia tahun ini! Selepas umum comeback dengan world tour terbaru, terus satu dunia kecoh. Dua show pembukaan di Seoul pun dah tarik lebih 60,000 peminat. Gabungan nostalgia dan elemen baru itu memang padu habis. Kini, giliran KL pulak untuk rasai sendiri kehebatan pentas G-DRAGON. FAMs Malaysia, anda sudah ready ke belum?

Konsert akan berlangsung pada 19 & 20 Julai 2025 (Sabtu & Ahad) di Axiata Arena, Bukit Jalil. Dianjurkan oleh AEG Presents, TME Live, Star Planet dan Top-top Production, serta dibawakan oleh Hong Leong Bank.

Info Tiket & Keistimewaan:

  • VVIP – RM1,339: Ada akses sound check dan sesi send off
  • VIP – RM1,239: Akses sound check sahaja
  • CAT 1 – RM999
  • CAT 2 – RM799
  • CAT 3 – RM459
GD25 POSM

Semua tempat duduk adalah bernombor (bukan bebas duduk), jadi anda boleh pilih tempat siap-siap masa beli nanti. Gambaran susun atur tempat duduk akan dikongsikan di bawah.

Jadual Jualan Tiket:

  • Pendaftaran untuk presale membership: 12 – 14 Mei 2025
  • Presale untuk ahli G-DRAGON OFFICIAL MEMBERSHIP: 26 Mei, 4 petang – 11:59 malam
  • Presale untuk pemegang kad Hong Leong Bank: 27 Mei, 3 petang – 28 Mei, 2:59 petang
  • Jualan umum: Bermula 29 Mei, jam 2 petang

G-DRAGON memang tak pernah main-main bila buat konsert. Dari visual, lighting, susunan lagu sampai ke fesyen — semuanya dijanjikan luar biasa. Ini bukan sekadar persembahan, tapi satu reunion bermakna antara G-DRAGON dan peminat yang dah lama menanti sejak dia menyepi.

Nak update terkini dan info lanjut? Boleh terus ke laman web starplanet.com.my. Jangan lepaskan peluang — tiket mungkin habis sekelip mata.

G-DRAGON dah on the way ke KL. Siap sedia untuk rebut seat terbaik!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |