“Hormatilah Privasi Kami” – Pempengaruh Chazynash Nafi Bercerai Kerana Terpalit Isu CEO Batu

2 days ago 20

Pempengaruh media sosial popular, Chazynash, tampil menjelaskan kedudukan sebenar mengenai status perkahwinannya setelah desas-desus dan spekulasi yang mengaitkannya dengan isu tular membabitkan CEO Batu.

Menerusi satu hantaran di Instagram miliknya (@chazynash), memaklumkan bahawa beliau dan bekas isterinya telah berpisah secara rasmi pada 23 Januari 2025 yang lalu. Menurut beliau, perpisahan itu telah berlaku sejak beberapa bulan lepas dan langsung tidak mempunyai kaitan dengan isu hangat melibatkan CEO Batu yang kini menjadi perbualan ramai di media sosial.

“Kami terpaksa bersuara agar tak timbul lagi tanda tanya atau salah faham.” jelas Chazynash dalam kenyataannya.

Tambah beliau lagi, mereka mengambil keputusan untuk merahsiakan perkara tersebut sebelum. Namun begitu, kerana wujudnya khabar angin dan dakwaan tidak berasas, beliau terpaksa tampil menjelaskan perkara sebenar kepada umum.

Chazynash turut menegaskan bahawa perpisahan tersebut berlaku secara baik, malah hubungan antara beliau dan bekas isteri masih berjalan dengan baik demi kebajikan anak-anak mereka walaupun sudah tidak tinggal sebumbung.

“Saya masih menjaga mereka seperti biasa. Kami masih berhubung dan jumpa jika perlu. Tiada sebarang pertengkaran atau perebutan hak jagaan,”

“Hormati privasi kami” rayunya kepada netizen.

Akhir sekali, beliau memohon maaf kepada penyokongnya atas berita yang disampaikan. Beliau juga memohon agar masyarakat dan para pengikut di media sosial menghentikan segala bentuk spekulasi dan memberi ruang kepadanya serta bekas isteri untuk meneruskan kehidupan dengan tenang. Chazynash juga dilihat bertindak menutup ruangan komen di akaun miliknya.

Setiap individu berhak ke atas ruang privasi mereka. Sebagai masyarakat yang prihatin, marilah kita menghormati keputusan dan perjalanan hidup orang lain tanpa membuat andaian yang boleh mengguris hati.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |