DAESUNG Turun Genting Jun Ini, Tiket VIP Siap Dapat Soundcheck & Group Photo!

5 hours ago 4

Yes, anda tak salah baca – Daesung dari BIGBANG finally akan buat konsert solo di Malaysia! Dalam tour Asia terbaru bertajuk “D’s WAVE”, Daesung bakal hiburkan peminat K-pop Malaysia pada 7 Jun 2025 (Sabtu) jam 6 petang di Arena of Stars, Resorts World Genting.

Lama menyepi, kini dia kembali dengan mini album solo pertama dan konsep konsert yang totally fresh. Bukan biasa-biasa, suara dia yang power, gaya atas pentas yang penuh emosi, dan vibe yang selalu buat penonton melekat, semua tu akan korang rasai sendiri live nanti.

Tour ni akan mula dari Seoul, lepas tu ke beberapa lokasi besar seperti Ho Chi Minh, Taipei, Hong Kong, Kobe, Yokohama… dan yes, Malaysia pun masuk list!

Nak tahu bila boleh grab tiket?

  • Pra-jualan ahli RWG: 30 April 2025, jam 4.26 petang
  • Jualan umum: 2 Mei 2025 (Jumaat), jam 4.26 petang

Harga Tiket:

  • VIP (Standing / Seating): RM988
  • PS1: RM788
  • PS2: RM688
  • PS3: RM588
  • PS4: RM488
  • PS5: RM388

Harga tak termasuk caj RM4 – maksimum 4 tiket satu transaksi

Tiket boleh dibeli di: etix.my | rwgenting.com

Apa yang best dengan tiket VIP?

  • Akses ke sesi soundcheck
  • Group photo (1:10) – 100 peminat bertuah
  • Poster dengan tandatangan – 30 orang bertuah
  • Acara send-off – 100 peminat bertuah

Untuk PS1 hingga PS4 pun ada peluang:

  • Poster bertandatangan
  • Slot ke acara send-off

Daesung bukan sahaja power menyanyi, tapi dia juga dikenali dengan suka melawak spontan dan personaliti yang charming. Siapa yang pernah tengok beliau di variety show mesti faham vibe dia macam mana. Jadi, konsert ini bukan sekadar tengok performance  sahaja, tapi satu pengalaman penuh emosi, gelak, dan mungkin air mata gembira.

Pendek kata – jangan lepaskan peluang ni. Kalau anda rindu suara dan senyuman Daesung, inilah masa dia. Let’s ride the D’s WAVE sama-sama di Genting!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |