Kalau ikut jangkaanawal, Samsung Galaxy S26 Ultra ini sepatutnya datang dengan aura “next level”. Flagship baru kan, mestilah orang expect perubahan besar. Tapi bila MURAI sendiri cuba guna dalam kehidupan harian, rasa dia lebih kepada… upgrade yang matang, bukan jenis terus buat kita ternganga.
Nak kata beza dengan S25 Ultra itu jauh, memang tak. Kalau sembang bab spesifikasi atas kertas, banyak benda masih sama. Jadi pengalaman guna itu tak rasa asing pun. Tapi menariknya, dalam benda yang nampak sama itu, ada tiga bahagian yang bila guna betul-betul, baru nampak “oh ini dia upgrade dia”.
Feature Privacy Display
MURAI mula perasan pada display dulu. Feature Privacy Display ini masa awal dengar, memang rasa macam… “perlu ke sebenarnya?” Tapi bila dah guna, especially masa tengah lepak kafe atau dalam LRT, baru faham kenapa ia wujud. Bila aktifkan untuk app tertentu macam banking, mesej atau browser, skrin jadi susah sikit orang sebelah nak intai. Bukanlah terus gelap, tapi cukup untuk bagi rasa privasi tu ada.
Yang bestnya, walaupun ada fungsi ini, kualiti skrin tak terjejas pun. Warna masih hidup, visual masih cantik. Tak ada rasa macam guna screen protector murah yang buat display jadi dull. Dekat sini, MURAI boleh kata ini bukan gimmick semata-mata. Mungkin bukan semua orang perlukan, tapi bila ada, memang rasa berguna.
Kamera
Masuk pula bahagian kamera. Yang ini MURAI kena jujur sikit, jangan expect perubahan besar. Kalau anda datang dari S25 Ultra, mungkin akan rasa macam “eh, sama je?”. Tapi bila guna dalam situasi tertentu, especially waktu malam, baru nampak perbezaan kecil tu.
Dengan aperture f/1.4, gambar malam nampak lebih terang dan detail dia lebih kemas. Bukan jenis drastik, tapi cukup untuk nampak improvement. Video pun lagi best sebab ada horizontal lock rakam sambil jalan pun still nampak stabil, tak pening tengok balik. Jadi kalau jenis suka ambil content, memang akan appreciate benda ni. Tapi kalau nak upgrade semata-mata sebab kamera, mungkin kena fikir dua kali.
AI
Lepas itu, kita masuk bahagian paling banyak diperkatakan, AI. Samsung memang push konsep Agentic AI ini kuat, kononnya phone boleh faham kita dan bagi cadangan automatik. Realitinya? Dia ambil masa. Awal-awal guna tu, rasa macam dia belum “kenal” kita lagi. Cadangan dari Now Brief atau Now Nudge tu kadang-kadang rasa… okay, tapi belum sampai tahap wow.
Tapi bila cerita pasal generative AI, ini lain cerita. Yang ini memang terasa guna. Semua dah siap terbina dalam phone, tak perlu lompat app sana sini. Nak edit gambar, buang objek, adjust lighting, semua boleh buat terus. Paling MURAI suka, hasil dia nampak natural. Bayang tu masuk akal, lighting tak nampak fake. Senang cerita, nampak macam gambar tu memang dari asal, bukan hasil edit.
Gambar di bawah pada waktu malam ditukar menjadi pada waktu siang
Ini hasilnya, nampak real betul.
Akhirnya, bila guna S26 Ultra ini beberapa hari, MURAI rasa dia bukan jenis telefon yang cuba jadi terlalu “wow”. Tapi dia fokus untuk jadi lebih praktikal dan lebih polished dari generasi sebelum.
Kalau anda jenis yang suka semua benda lengkap dalam satu phone, ini memang ngam. Tapi kalau anda tunggu perubahan besar yang terus rasa lain macam, mungkin kali ini bukan masanya.
Biasalah… kadang-kadang bukan perubahan besar yang buat kita terus jatuh cinta, tapi perubahan kecil yang buat kita selesa guna setiap hari.

3 hours ago
3










![[VIDEO] Kangana Ranaut Hampir Diburu Gara-Gara Bekas Kekasih- “Mereka Gelar Saya Ahli Sihir, Minum Darah”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/picture-21.webp)












![[VIDEO] Aina Abdul Kongsi Momen ‘Fitting’ Busana Tuala ‘Good Morning’, Curi Perhatian Netizen!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-7-2.webp)















![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)








![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)





