Ramai Terkejut Lihat Kerjaya Sebenar Redza Minhat- “Patutlah Dah Lama Tak Nampak Berlakon”

12 hours ago 11

Nama pelakon Redza Minhat kembali menjadi perhatian di media sosial selepas beberapa pengguna Threads meluahkan rasa kagum apabila mengetahui kerjaya semasanya di luar dunia seni.

Menerusi satu hantaran yang tular, seorang pengguna menulis:

“Redza Minhat ni dasyat jugak orangnya… Antara pelakon yang sangat cerdik… jawatan dia sekarang pun bukan calang-calang… patutlah dah lama tak nampak dia berlakon.”

Perkongsian itu mengundang pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya tidak menyangka pelakon yang pernah popular menerusi filem Pisau Cukur kini memegang jawatan penting dalam sektor kewangan negara.

Untuk rekod, Redza bukan sahaja dikenali sebagai pelakon, malah turut bergelar penulis skrip, penerbit, model dan penganalisa pelaburan. Sepanjang penglibatannya dalam industri hiburan, beliau pernah menerima beberapa pencalonan dalam Festival Filem Malaysia dan Anugerah Skrin.

Kemunculannya menerusi filem Pisau Cukur sebelum ini berjaya melonjakkan namanya dalam kalangan peminat filem tempatan.

Tinjauan di profil LinkedIn miliknya pula menunjukkan Redza kini berkhidmat sebagai Pengarah di Bank Negara Malaysia dalam bidang pelaburan. Lebih mengagumkan, beliau juga merupakan graduan dari University of Oxford serta pemegang kelayakan Chartered Financial Analyst (CFA).

CFA merupakan antara pengiktirafan profesional paling berprestij di peringkat antarabangsa dalam bidang pengurusan pelaburan dan kewangan, sekali gus membuktikan kecemerlangan akademik serta profesional yang dimiliki Redza.

Tidak hairanlah ramai yang menganggap perjalanan kerjaya Redza Minhat sebagai sesuatu yang luar biasa, apabila berjaya mencipta nama dalam dunia seni dan pada masa sama membina kerjaya cemerlang dalam sektor kewangan.

Thumbs

Thumbs

1

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

3

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |