Perut Semakin Jelas, Netizen Teka Watie Hamil Anak Kembar Shuib?

1 day ago 9

Spekulasi mengenai kehamilan Watie Hanifiah, isteri kepada pelawak terkenal Shuib, kembali mencetuskan perbualan hangat dalam kalangan netizen selepas penampilannya di sebuah majlis resepsi baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Watie yang mengenakan gaun berona coklat kelihatan anggun dalam sekeping foto yang dimuat naik ke Instagram, namun tumpuan lebih terarah kepada bentuk perutnya yang dilihat seolah-olah menampakkan ‘baby bump’.

Foto tersebut diambil ketika Watie menghadiri majlis persandingan pelakon Eyka Farhana dan pemain bola sepak negara, Akhyar Rashid, yang berlangsung di Langkawi. Ramai pengikut media sosial pantas membanjiri ruangan komen dengan pelbagai andaian dan ucapan tahniah, walaupun tiada sebarang pengesahan rasmi dibuat oleh pasangan tersebut. Ada yang secara terang-terangan menyuarakan rasa ingin tahu, malah tidak kurang juga yang yakin bentuk perut Watie adalah petanda berita gembira sedang menanti.

Selain itu ada juga yang membuat andaian lebih jauh, termasuk kemungkinan Watie sedang hamil anak kembar. Keterujaan netizen untuk mengetahui status sebenar sama ada Watie benar-benar berbadan dua atau membawa zuriat kembar nyata mencetuskan perdebatan. Namun, setakat ini tiada sebarang pengakuan dibuat oleh pihak Watie mahupun Shuib, menjadikan segala dakwaan yang berlegar hanyalah sekadar andaian semata-mata.

Usikan turut hadir daripada Shuib sendiri yang meninggalkan komen berseloroh dengan menyatakan kemungkinan perut isterinya kelihatan sedemikian kerana terlebih makan. Gurauan itu, walaupun ringan, hanya menambahkan rasa ingin tahu peminat yang setia mengikuti perkembangan pasangan selebriti tersebut sejak mereka mendirikan rumah tangga pada 23 Jun tahun lalu.

Setakat ini, baik Shuib mahupun Watie memilih untuk berdiam diri tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut mengenai kemungkinan bakal menimang cahaya mata pertama mereka bersama. Namun, dalam dunia hiburan yang serba pantas dan penuh perhatian ini, sekecil-kecil perubahan pada penampilan boleh mengundang pelbagai spekulasi dan reaksi.

Tambahan pula, Shuib sudah pun bergelar bapa kepada empat orang cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu bersama arwah isteri, penyanyi Siti Sarah Raissuddin, menjadikan kemungkinan kehamilan ini sesuatu yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat mereka.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |