Beku Telur Sejak 2025, Luna Maya Tak Sabar Jadi Ibu Selepas Kahwini Kekasih

19 hours ago 8

Luna Maya dan kekasihnya, Maxime Bouttier secara rasminya bakal melangsungkan perkahwinan pada pukul 3.30 petang hari ini (7 Mei 2025) di Como Shambhala Estate, Ubud, Bali.

Berita perkahwinan mereka telah membuatkan ramai yang gembira apabila mengenangkan perjalanan cinta Luna yang agak ‘berliku’ sehingga akhirnya dia berkahwin pada usia 40 tahun.

Foto – Sketsa Nusantara

Menjelang majlis perkahwinannya dengan Maxime, pasangan ini dilaporkan telah mempersiapkan diri untuk menimang cahaya mata. Tiga tahun lalu, Luna mengaku pernah menjalani prosedur pembekuan telur.

“Saya sedar saya tidak lagi muda, itulah sebabnya kenapa saya bekukan telur saya. Saya masih ada tenaga untuk hamil, saya rasa badan masih sihat pada usia ini. Jadi dengan memikirkan gaya hidup yang saya telah jalani, saya tidak terbeban dengan usia saya.”

Foto – VOI

Prosedur ini dijalankan dengan harapan dapat membantu Luna mendapatkan zuriat walaupun usianya tidak lagi muda. Luna turut menjelaskan bahawa dia berhasrat untuk jalani program pembekuan telur sejak tahun 2018, tetapi hasratnya hanya dapat direalisasikan pada tahun 2022.

Foto – Detik HOT

Semoga apa yang dihasratkan oleh pasangan ini dipermudahkan. Team Murai mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Luna Maya dan Maxime Bouttier!

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |