[FOTO] Pakaian Met Gala LISA Dikritik, Ada Unsur Menghina Tokoh Kulit Hitam

19 hours ago 8

Penampilan pertama BLACKPINK Lisa di Met Gala 2025 mendapar perhatian, tetapi bukan kerana kemewahan atau keanggunan pakaiannya. Pada awalnya dia dipuji kerana tampil dalam set Louis Vuitton, namun kontroversi muncul selepas butiran pakaiannya didedahkan.

Memeriahkan karpet merah acara berprestij itu, LISA mengenakan bodysuit hitam yang dipadankan dengan jaket renda berstruktur lengan panjang. Penampilannya itu dilengkapi dengan aksesori seperti rantai pinggan emas-mutiara, tights dan beg tangan monogram jenama Louis Vuitton.

Foto – ELLE / Vogue HK

Apa yang membuatkan penampilannya itu menarik perhatian adalah, bahagian seluar dalam bodysuit itu menampilkan wajah yang disulam. Apabila diperhatikan, wajah-wajah yang disulam itu memaparkan wajah seperti aktivis kulit hitam iaitu Rosa Parks.

Walaupun penampilannya itu dikatakan menepati kod pakaian Met Gala 2025 iaitu “Tailored For You“, penyanyi itu dikritik kerana wajah Rosa berada di bahagian pelvisnya.

Foto – X / Buzz Feed

Ramai orang percaya bahawa imej itu adalah wajah Rosa Parks dan rumah fesyen Louis Vuitton yang mereka pakaian LISA memberikan penjelasan. Mereka berkata sulaman itu adalah sebahagian daripada karya seni kerjasama dengan artis Henry taylor.

Sumber lain turut menyebut bahawa, “potret orang yang memainkan peranan dalam kehidupan artis” dan “beberapa potret telah disulam oleh Henry Taylor ke dalam pakaian LISA”.

Foto – Biography / @lisanesia_ (IG)

Walaupun tidak menyebut nama Rosa Parks secara spesifik, orang ramai merasakan persamaan visual wajah bersulam itu sangat menggangu, lebih-lebih lagi kerana latar belakang perjuangan dan penghormatan Rosa.

Apa pendapat kamu?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |