Bukan Dibunuh Suami, Tetapi Ini Punca Sebenar Kematian Sridevi

1 day ago 8

Ramai yang tertanya-tanya apakah punca sebenar kematian Sridevi, apabila aktres tersebut ditemui meninggal dunia seminggu selepas menghadiri majlis perkahwinan keluarganya di Dubai.

Ada yang menuduh suaminya, Boney Kapoor membunuh aktres itu kerana mereka tidak mempercayai bagaimana Sridevi secara tidak sengaja menenggelamkan dirinya di dalam tab mandi.

Boney tidak berpeluang untuk menangis atau menyatakan rasa terkejutnya kerana dia telah ditahan serta sentiasa disoal siasat tentang punca kematian isterinya, yang dia sendiri tidak tahu.

Foto – India Today

Lima tahun selepas kematian Sridevi, Boney dalam sebuah temu bual mendedahkan punca sebenar kematian aktres itu. Boney mengatakan Sridevi mempunyai masalah berterusan dengan tekanan darah rendah kerana dia menjalani diet yang ketat dan sentiasa berada dalam keadaan kelaparan untuk kekalkan bentuk badannya.

Foto – Pinterest

Boney turut mendedahkan bagaimana Sridevi sering pitam sejak awal perkahwinan mereka. Doktor mengesahkan bahawa aktres itu mempunyai tekanan darah yang rendah tetapi Sridevi tidak mendengarnya dan sentiasa makan makanan tanpa garam.

“Dia (Sridevi) sering kelaparan, dia mahu kelihatan baik. Dia mahu pastikan dirinya berada dalam keadaan yang baik, supaya dia nampak cantik dalam skrin. Sejak kahwin, dia sering pitam dan malangnya dia tidak mengambil serius perkara ini.”

Boney Kapoor mendakwa diet Sridevi menjadi punca kematiannya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |