Penyanyi baharu tanah air, namun penuh berpengalaman, Soma atau nama aslinya Rosmah S. Sengari @ Basar, mengadakan majlis berbuka puasa “Iftar Media Gathering” di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.
Ini sebagai tanda penghargaan kepada rakan-rakan media atas sokongan berterusan mereka terhadap perjalanan seninya.
Pelancaran MV Terbaru

Acara ini bukan hanya menjadi medan untuk mengeratkan hubungan silaturahim, tetapi juga menyaksikan pelancaran rasmi lagu Raya terbaharu Soma, “Aku Tetap Raya,” serta video muzik (MV) rasmi lagu tersebut.
Lagu “Aku Tetap Raya” merupakan hasil ciptaan Belle Fattah, Adinda Amiro, dan Soma sendiri.
Sarat dengan mesej kegembiraan dan kehangatan Syawal, lagu ini menampilkan melodi ceria dan lirik yang menggambarkan kemeriahan Aidilfitri.
Penampilan Khas Khadijah Ibrahim

Soma berharap lagu ini dapat memberikan keceriaan dan menjadi pilihan utama peminat sepanjang musim perayaan.
MV rasmi “Aku Tetap Raya” turut menampilkan penampilan khas penyanyi legenda tanah air, Datuk Khadijah Ibrahim, yang menjadi idola serta sumber inspirasi buat Soma dalam dunia seni.
Selain itu, model terkenal Malaysia, Zahnita, turut memeriahkan MV ini, menambah nilai artistik kepada karya tersebut.
Boleh Mula Ditonton Pada 14 Mac 2025

Acara Iftar Media Gathering ini memberi peluang kepada Soma untuk berjumpa dan berbuka puasa bersama rakan-rakan media yang telah banyak menyokong kariernya.
Soma juga mengucapkan terima kasih di atas sokongan mereka, terutama selepas pelancaran album pertama beliau, Perjalanan.
Lagu “Aku Tetap Raya” kini boleh didengarkan di semua platform penstriman digital utama seperti Spotify, Joox, Apple Music, dan YouTube Music bermula 14 Mac ini.
Jangan lupa menonton MV rasmi lagu ini yang turut dilancarkan!
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.