“Lebih Baik Ia Jadi…”- Ini Yang Bekas Isteri Hrithik Roshan Kata Sebelum Adegan Cium Dengan Aishwarya Rai

2 weeks ago 20

Adegan bercumbuan di antara Hrithik Roshan dan Aishwarya Rai dalam filem ‘Dhoom 2’ sekali lagi menjadi perbualan ramai selepas temu bual lama aktor itu menjadi tular semula.

Dalam klip pendek yang tular itu, Hrithik diminta untuk mengulas mengenai kontroversi adegan itu dan kontroversi di sekelilingnya.

Foto – My Nation

Ketika ‘Dhoom 2’ ditayangkan, banyak laporan media mendakwa keluarga Bachchan tidak berpuas hati dengan adegan ciuman Aishwarya dalam filem itu.

Apabila Hrithik diminat untuk menangani kontroversi itu, dia mendedahkan bekas isterinya, Sussane Khan meletakkan satu syarat untuknya.

“Isteri saya hanya meletakkan satu syarat- “Jika awak bercium di skrin, lebih baik ia menjadi ciuman yang terbaik di seluruh dunia”. Itu adalah satu-satunya syarat dia dan ia menjadi satu cabaran yang perlu saya tempuhi!”

Foto – X

Manakala untuk Aishwarya pula, adegan ciuman itu menjadi salah satu sebab dia mendapat masalah dengan khalayak ramai.

“Awak (Aishwarya) adalah contoh kepada gadis, awak telah menjalani kehidupan dengan cara yang boleh dicontohi. Mereka (gadis) tidak selesa dengan perilaku awak, jadi kenapa awak lakukannya?”

Sekadar info, ‘Dhoom 2’ merupakan filem yang sangat popular dan menjadi filem Hindi dengan kutipan tertinggi pada tahun 2006.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |