Bersempena Kempen Melawat Malaysia 2026 (VM2026), Tourism Malaysia tampil dengan cara cukup istimewa untuk menyambut kedatangan pelawat dari dalam dan luar negara. Bukan sekadar ucapan selamat datang, malah tetamu yang tiba di Malaysia turut diraikan dengan sentuhan budaya yang cukup dekat di hati rakyat Malaysia.
Tiba Di Lapangan Terbang, Terus Rasa Kemeriahan Malaysia
Suasana meriah dapat dirasai di tiga lapangan terbang antarabangsa utama negara iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu pada 30 Mei, KLIA Terminal 1 pada 31 Mei dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada 1 Jun lalu.
Di KLIA Terminal 1, majlis sambutan turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Dato’ Shaharuddin Abu Sohot bersama wakil Tourism Malaysia, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB), syarikat penerbangan serta pemain industri pelancongan tempatan.
Namun yang paling mencuri perhatian sudah tentu layanan mesra kepada para pelawat yang baru menjejakkan kaki ke Malaysia.
Dodol Jadi ‘Penyambut Tetamu’ Istimewa
Menariknya, pelawat yang tiba di balai ketibaan bukan sahaja menerima cenderamata khas, malah turut dihidangkan dodol sebagai simbol kemesraan dan hospitaliti rakyat Malaysia.
Inisiatif ini turut mengetengahkan keunikan budaya masyarakat Sabah dan Sarawak menerusi sambutan Pesta Kaamatan dan Hari Gawai yang menjadi antara warisan budaya paling berwarna-warni di negara ini.
Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada pelancong untuk merasai sendiri kepelbagaian budaya Malaysia sebaik sahaja mereka tiba.
Media Antarabangsa Dibawa Jelajah Sabah & Sarawak
Bagi memperkenalkan lagi keunikan perayaan Kaamatan dan Gawai kepada dunia, Tourism Malaysia turut melaksanakan program Mega Familiarisation (Mega Fam) melibatkan 15 wakil media dan pempengaruh dari beberapa negara termasuk Filipina, Vietnam, China, Korea Selatan dan India.
Program selama lapan hari bermula 29 Mei hingga 5 Jun itu membawa peserta meneroka budaya, tradisi dan warisan unik di Sabah serta Sarawak.
Usaha ini dilihat mampu memperluaskan promosi Malaysia sebagai destinasi pelancongan budaya yang kaya dengan pengalaman autentik dan menarik.
Angka Pelancong Terus Meningkat
Prestasi sektor pelancongan negara juga menunjukkan perkembangan positif apabila Malaysia merekodkan 10.6 juta ketibaan pelawat antarabangsa sehingga Mac 2026.
Jumlah itu meningkat 5.4 peratus berbanding 10.1 juta pelawat yang direkodkan dalam tempoh sama tahun lalu, sekali gus membuktikan momentum positif VM2026 semakin dirasai.
Dengan sambutan berteraskan budaya seperti Kaamatan dan Gawai ini, Tourism Malaysia bukan sahaja mempromosikan destinasi pelancongan negara, malah memperkenalkan keunikan rakyat Malaysia yang hidup dalam kepelbagaian budaya, tradisi dan warisan yang menjadi kebanggaan negara.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
4
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

16 hours ago
7



















![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)






























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)
