Penyanyi kelahiran Singapura, Ryzall Noh terus mengorak langkah dalam industri muzik menerusi pelancaran single terbaharunya berjudul Natijah Cinta, sebuah karya yang sarat dengan emosi tentang kekecewaan, kehilangan dan penerimaan dalam sesebuah hubungan.
Bagi peminat muzik serantau, nama Ryzall bukanlah asing. Sebelum bergerak solo, beliau merupakan vokalis kumpulan Audionauts yang aktif sekitar tahun 2010 hingga 2017 dan pernah meraih pelbagai pengiktirafan termasuk Kumpulan/Duo Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2013, Lagu Tertinggi Royalti di Anugerah Compass Singapura serta Artis Popular Singapura di Anugerah Planet Muzik 2015.
Menurut Ryzall, perkataan “natijah” membawa maksud keputusan, kesimpulan atau akibat daripada sesuatu tindakan. Justeru, lagu tersebut menggambarkan realiti hubungan yang perlahan-lahan berubah sehingga akhirnya runtuh tanpa disedari.
“Lagu ini bukan sekadar lagu cinta biasa, tapi lebih kepada rasa kecewa, kehilangan dan penerimaan terhadap perubahan manusia. Kadang-kadang, orang yang paling kita kenal akhirnya menjadi orang yang sangat asing dengan kita,” katanya.
Sarat Emosi, Gabungan Pop Rock Dan Sentuhan 90-an
Mengulas mengenai karya tersebut, Ryzall mengakui antara kekuatan utama Natijah Cinta terletak pada melodinya yang mudah diingati serta korus yang ‘catchy’.
Katanya, lagu itu turut menampilkan gabungan elemen pop rock bersama sentuhan bunyian era 90-an yang digabungkan dengan nuansa moden, sekali gus menghasilkan identiti tersendiri yang dekat dengan pendengar masa kini.
“Saya mahu ketengahkan rasa yang organik dalam lagu ini. Dari melodi, lirik hingga susunan muzik, semuanya membawa emosi yang sangat jujur,” jelasnya.
Cerewet Demi Kualiti Terbaik
Dalam masa sama, Ryzall mengakui proses menghasilkan Natijah Cinta bukanlah sesuatu yang mudah. Baginya, mendapatkan emosi yang tepat ketika rakaman menjadi cabaran terbesar selain perlu menjaga kesihatan, pengurusan masa dan kualiti vokal.
Menurutnya, dia sangat menitikberatkan aspek emosi dalam nyanyian agar lagu tersebut tidak kedengaran terlalu teknikal atau kosong tanpa jiwa.
Ryzall turut memuji kerjasama bersama komposer Yazri Malik yang disifatkannya cukup memahami hala tuju muzik dan emosi yang ingin disampaikan menerusi lagu berkenaan.
Mahu Dekati Pendengar Malaysia
Lebih menarik, penyanyi itu berharap Natijah Cinta dapat membuka lebih banyak peluang buat dirinya di Malaysia yang dianggap antara pasaran muzik paling dekat di hatinya.
“Malaysia memang antara pasaran yang dekat di hati saya sejak dulu lagi. Harapnya, lagu Natijah Cinta boleh menjadi jambatan agar lebih ramai pendengar di Malaysia mengenali muzik saya dengan lebih dekat.
“Terima kasih kepada semua pendengar Malaysia yang sentiasa menyokong karya saya. Insya-Allah, akan ada banyak lagi karya selepas ini. I love you Malaysia!” katanya.
Single Natijah Cinta kini boleh didengari di semua platform penstriman digital termasuk Spotify dan YouTube. Lagu yang disifatkan Ryzall sebagai sebuah “heartbreak dalam bentuk lagu” itu dijangka mampu menyentuh hati ramai pendengar yang pernah melalui pengalaman cinta yang tidak berakhir seperti diimpikan.
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
3
Star
Star
5
Sad
Sad
1
Weary
Weary

10 hours ago
6


















![[VIDEO] Nur Sajat Luah Rasa Sebak & Terharu- “Datang Support Pun Dah Cukup Happy”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/05/picture-13-2.webp)






























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)
