Nora Bakal Fail Cerai Kerana Pihak Ketiga! Netizen Persoalkan Kembali Siapa Sebenarnya Pihak Ketiga

1 day ago 10

Sebelum ini, penyanyi terkenal, Datuk Nora Ariffin memaklumkan bahawa beliau akan memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli pada Isnin ini di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya.

Demi Menyelesaikan Kemelut Rumah Tangga

via Instagram Official HLive

Dalam satu kenyataan rasmi, Nora menyatakan bahawa keputusan itu diambil demi menyelesaikan kemelut rumah tangga yang berlarutan.

Malah dia juga turut mengakui bahawa kemelut ini mengganggu kehidupannya.

Beliau turut menegaskan bahawa isu ini telah menjejaskan keselamatan dirinya serta reputasinya sebagai seorang artis berpengalaman.

Dengan dukacita, saya bertekad untuk memfailkan perceraian terhadap suami, Dr Rushdi.

Keputusan ini dibuat berikutan campur tangan pihak ketiga yang menyebabkan perkahwinan kami tidak lagi harmoni.

Ingin Menyatakan Kedudukan Sebenar

via Instagram Official HLive

Nora yang merupakan ibu kepada empat orang anak berkata permohonan cerai akan difailkan pada jam 10.30 pagi bersama peguam syarie dari Tetuan Sarah Ali & Co.

Beliau turut menjelaskan bahawa kenyataan ini dibuat bagi menghentikan pelbagai spekulasi dan menyatakan kedudukan sebenar.

Saya buat kenyataan ini secara terbuka dan penuh hormat.

Keputusan ini adalah demi kebaikan semua pihak, meskipun saya akui ia satu langkah yang sukar.

Selepas pendedahan Nora itu, netizen mula bertanyakan kembali kepada Nora mengenai siapakah pihak ketiga yang menjadi pemula dalam krisis rumah tangga mereka ini.

Malah, ada juga individu yang menyatakan bahawa Nora adalah individu yang sepatutnya menyelesaikan permasalahan ini kerana pada awalnya dikatakan dia yang memulakan “drama” dalam kisah mereka.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |