[VIDEO] Temple Tree Langkawi: ‘Charge’ Tenaga Dengan Percutian Yang Lebih Tenang & Jauh Dari Bandar!

1 day ago 8

Jujur cakap, percutian singkat kali ini menyedarkan Murai betapa lamanya tiada momen ‘me time’ dan recharge tenaga dengan sebetul-betulnya. Percutian singkat tersebut tidaklah jauh mana dan hanya dalam Malaysia sahaja, iaitu di Temple Tree Langkawi.

Perjalanan ke Temple Tree hanya mengambil masa lebih kurang sejam tiga puluh minit, dengan menaiki kapal terbang di KLIA dan mengambil van atau Grab di Langkawi untuk ke resort.

Kehadiran Murai telah disambut dengan suasana yang damai, angin sepoi-sepoi bahasa, pemandangan hijau serta bunyi kicauan burung dan serangga. Bagi Murai, ini adalah keputusan tepat untuk self-healing, sama ada secara berseorangan atau berkumpulan, dan larikan diri daripada hiruk-pikuk kota.

Foto – Arkib Miss Murai

Apa yang membuatkan Murai tertarik dan memilih resort ini adalah, terdapat lebih kurang tujuh rumah asal dari negeri berbeza, dari Rumah Negeri Sembilan, Rumah Penang, Rumah Ipoh hingga ke Rumah Johor, semuanya dibawa khas dan dipasangkan semula. Yang lebih menarik, setiap rumah yang dibawa, semuanya berusia hampir seratus tahun. Bayangkan betapa banyak sejarah dan kisah di sebalik rumah-rumah tersebut.

Foto – Arkib Miss Murai

Di resort ini, Murai menginap di Rumah Johor- rumah yang mempunyai empat bilik besar dan dikatakan berusia sekitar 90 tahun. Suasananya sangat klasik, dilengkapi dengan jendela tinggi serta kayu-kayu lama yang menjadi lantai dan dinding.

Foto – Arkib Miss Murai

Pada waktu malam, rasanya memang sangat sejuk tetapi pada waktu siang agak terasa bahang panasnya. Tetapi kamu jangan risau kerana walaupun rumahnya klasik, pihak resort ada pasangkan penghawa dingin.

Berbanding rumah lain, Rumah Johor ini dikatakan cepat sold-out kerana lokasi sangat strategik iaitu berhadapan dengan kolam utama, berhampiran Restoran Paloh dan juga spot terbaik untuk melihat matahari terbenam.

Foto – Arkib Miss Murai

Saranan Murai, jika kamu berpeluang untuk menempah salah satu bilik dalam Rumah Johor, cuba kamu buka pintu, duduk di sofa sambil menunggu matahari terbenam. Sememangnya satu pengalaman berharga yang tiada di tempat lain! Selain daripada itu, Murai hanya menghabiskan masa dengan membaca buku di tepi kolam, berjalan melihat rekaan rumah-rumah di sekitar resort, ambil gambar dan video, berendam dalam bath tub, berenang di kolam utama, menunggu matahari terbenam serta melihat bintang.

Cubalah tempah sekurang-kurangnya dua malam, dan percayalah kamu akan dapat rasa betapa segarnya badan serta ringan kepala selepas pulang daripada Temple Tree Langkawi!

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |