Ayda Jebat ‘Throwback’ Kisah Diganggu ‘Kakak Senior’ Di Sekolah

1 day ago 8

Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat mengimbas kembali kisah zaman persekolahannya diganggu ‘kakak senior’ selepas terbaca mengenai kejadian buli di sebuah sekolah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menerusi hantaran Ayda di Thread, kisahnya bermula ketika dia memasuki sebuah sekolah wanita berasrama penuh pada usia 13 tahun.

Dedah Ayda, dia hanya mampu bertahan untuk bersekolah di sekolah tersebut hanya untuk tempoh kurang dari setahun kerana tak tahan sering diganggu oleh ‘kakak senior’

“Mula-mula excited dapat masuk sekolah ni sebab ni antara sekolah perempuan yang terbaik dan hot, sebab akademik dan kokurikulum. Pelajar yang masuk straight A UPSR, paling sikit pun maybe 4A. Kira bijak pandailah ya.

Nak dipendekkan cerita saya sekolah kat situ kurang daripada setahun. Sebab tak tahan! Tak tahan asyik kena ngorat sampai mental tak stabil dah nak belajar pun dah tak fokus! Kena ngorat dengan ‘kakak-kakak senior’.”-dedah Ayda di Thread

Sanggup Makan Di Dalam Tandas

Tambahnya lagi, dia sehinggakan sanggup makan di dalam tandas kerana sering diganggu seorang ‘kakak senior’ yang memberi amaran kepadanya untuk tidak melayani orang lain selain dia.

“Pastu sekali , saya pergi toilet, ada 1 kakak lain (senior) ada dekat toilet. Dia tanya saya, ‘adik, you dengan dia ke?’. Saya cam hah? Couple pebenda. Dia kata, ‘Oh sebab dia dah kecoh cakap you dia punya’. Kakak tu tanya, ‘dia ada bagi you hadiah or surat tak? Kalau ada, hati-hati ya. Sebab kalau dia suka, bahaya’.

Start haritu, saya dah cuba avoid kakak pengawas tu laa sampai 1 hari dia warning saya. Dia kata beware, jangan kau layang orang lain selain aku. Macam tu laa lebih kurang ayat dia.

Time tu sis dah gigil la. Dia akan tunggu depan class setiap waktu rehat! Then saya sanggup keluar ke tandas 5 minit awal daripada waktu rehat, saya duduk dalam tandas sekolah, tunggu bff saya belikan makanan, saya makan dalam tandas sebab takut giler.”-kongsi Ayda lagi

Berpindah Ke Sekolah Biasa

Tidak tahan sering diganggu, Ayda bersama ibunya berjumpa dengan pengetua sekolah untuk memohon pertukaran sekolah yang biasa tetapi lebih aman daripada gangguan tersebut.

“Saya terus pindah sekolah. Sekolah biasa. Tapi aman. Okay dah. Korang pernah tak alami situasi sama macam ni?.”-tulis Ayda

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |