Episod terbaru bagi rancangan podcast ‘Apa Cerita’ yang dikendalikan oleh Asyraf Khalid telah mendapat kecama hebat daripada orang ramai termasuklah Caprice. Episod tersebut dikecam selepas Asyraf telah menjemput seorang tetamu yang dipercayai sebelum ini pernah terlibat dengan jenayah melakukan kekerasan terhadap orang awam.
Lanjutan daripada itu,.podcast ‘Apa Cerita’ menerusi hantaran Instagram telah mengeluarkan kenyataan rasmi menerangkan situasi terkini dan mengambil keputusan untuk tidak memuat naik episod tersebut.
“Kami telah mendengar segala maklum balas yang diberikan, dan kami sedar bahawa ramai yang berasa kurang senang dengan episod yang sepatutnya kami siarkan. Setelah mempertimbangkan dengan teliti, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyiarkan episod tersebut. Kami percaya ini adalah keputusan yang paling wajar. “
Foto – @asyrafkhalid (IG) / @apaceritapodcast (IG)Dalam kenyataan rasmi tersebut itu juga, podcast ‘Apa Cerita’ menjelaskan bahawa tindakan undang-undang terhadap individu itu telah diambil, manakala siasatan akan dijalankan tidak lama lagi. Podcast itu juga memohon maaf di atas kecuaian mereka.
“Kepada para penonton kami, kami memohon maaf kerana tidak dapat menyiarkan episod minggu ini, serta atas kesulitan yang berlaku. Kami memilih untuk menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa dan mahkamah untuk menjalankan siasatan. Untuk makluman, episod ini tidak ditaja oleh mana-mana pihak.”
Pada masa yang sama, podcast itu juga menyatakan penghargaan kepada peminat yang menyokong mereka. Selain itu, podcast ‘Apa Cerita’ mendedahkan mereka akan siarkan episod baharu bersama tetamu undangan lain.
“Kepada yang terus menyokong kamu, terima kasih kerana sentiasa bersama kami. Nantikan episod kami yang seterusnya dengan barisan tetamu yang hebat.”
Sebelum ini, tetamu tersebut didakwa pernah melakukan penganiayaan dan mencederakan beberapa orang individu. Caprice atau nama sebenar Ariz Ramli, juga mendedahkan bahawa dia dan keluarganya pernah diugut oleh tetamu tersebut.
Apa kata kamu?

3 months ago
127

![[VIDEO] Menghina Pakai Burka, Siapakah Pauline Hanson Sebenarnya?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/e49e3860c49c6bdd05ddc1029a235362.avif)
![[VIDEO] Sikap Lincah Qadejah Di Dapur Tuai Pujian Ramai- “Contoh Yang Baik”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/3-12.jpg)

![[VIDEO] Sharifah Haneesya Luah Rasa Terharu Dapat Bertemu Nabila Huda-“Saya Kelu, Sangat Segan…”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/Met-the-person-who-inspired-me-to-be-an-actress✨I-watched-her-acting-in-Bohsia-2009-n-i-was-9-yr-e1764048495706.jpg)
![[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/WhatsApp-Image-2025-11-25-at-12.09.42.jpeg)
![[VIDEO] Ditanya Jika Akan Hadir Ke Majlis Kahwin ‘Ex’, Ini Jawapan Bella Astillah](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/1-17.jpg)



![[VIDEO] Gelagat Siti Nurhaliza ‘Pecah Rahsia’ Lagu Yang Akan Dinyanyikan Di Konsertnya Nanti..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2318.jpeg)
![[VIDEO] Netizen Terhibur Dengar Anzalna Menyanyi-“Macam-Macam Suara Keluar”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2317.jpeg)
![[VIDEO] Leona Menari Dengan Dato Seri Vida, Lain Pula Ungkapan Cik B..](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/11/IMG_2316.jpeg)



































![[VIDEO] Anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees Pandai Shopping Sendiri Buatkan Netizen Teruja](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/08/Vevo-14.jpg)
