[VIDEO] Qadejah Sibuk Promosi Beg Sampai Jatuh Terduduk, Reaksi Abang Buat Netizen Terhibur!

1 day ago 8

Selain daripada Dato’ Sri Aliff Syukri dan Datin Shahida, Qadejah El Zahra juga ligat serta rajin dalam membantu ibu bapanya melakukan jualan siaran langsung. Apabila mempunyai masa yang terluang, anak kedua bagi pasangan ini dikatakan akan berusaha keras melakukan jualan dan mempromosikan barang-barang perniagaan milik mereka.

Terbaru tular sebuah video yang dikongsi di akaun media sosial peribadi Datin Shahida sendiri, memaparkan dirinya bersama dua orang anaknya, Qadejah dan Ammar Ahyan melakukan iklan untuk mempromosikan beg baharu mereka iaitu Samma Denim.

“Korang jangan lupa kita battle sama-sama untuk dapatkan 10,000 koleksi Samma Denim ni pada 3 Ogos ini, hari Ahad, jam 8 malam di TikTok Papalaris Official ya.”

Di dalam video tersebut, Datin Shahida berjalan bersama-sama anaknya membawa beg tangan bersaiz besar berjalan-jalan di sekitar pusat beli belah, sebelum mereka posing di hadapan kamera bagi merakamkan momen “The Malaysia Book of Records” bagi jualan beg tertinggi di Malaysia.

Ketika merakam video itu, Qadejah telah menarik perhatian ramai orang apabila dia jatuh terduduk di atas lantai ketika berpusing. Walaupun ramai yang ketawa melihat aksi di luar jangkaannya itu, reaksi abangnya, Ammar Ahyan pula yang membuatkan ramai berdekah.

“Maafkan la Mama ya Qadejah sebab gelak besar. Tak mampu untuk Mama menahan rasa ini.”

Foto – @shahidadherbs (IG)

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial bersimpati dengan Qadejah memandangkan dia terjatuh di khalayak ramai. Tetapi sesetengahnya pula lebih terhibur melihat reaksi si abang, Ammar Ahyan, ketika kejadian tersebut.

“Ammaryan hanya fokus task dia sahaja, lantak la orang lain nak jatuh tergolek ke. Janji task aku settle”, komen @kylasalleh.

“Amaryan memang takde jiwa eh. Mama dia gelak, dia macam takde apa yang berlaku. Adoi Amaryan ni”, komen @ellv9076.

“Ammar: Lantak la apa nak jadi, janji aku perform”, komen @nemilna.

“Yang kelakar Ammar. Dengan muka kisah pulak aku hahaha”, komen @min_ara90.

“Aku tak boleh lah tengok Amayan ni. Dia dengan laki Ain Edruce satu dunia alam yang sama hahaha”, komen @eylaashafie_.

Walaupun Ammar tidak memberikan sebarang reaksi, Murai pula rasakan bahawa Ammar mungkin tidak mahu ketawa dengan aksi tersebut kerana tidak menambah malu adiknya yang jatuh di khalayak ramai. Apa pula pendapat kamu?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |