AirAsia MOVE memberikan lebih banyak fleksibiliti kepada para pengembara yang menempah penerbangan AirAsia melalui applikasi AirAsia MOVE.
Melangkaui fungsi tempahan perjalanan, kemas kini terbaharu di airasia.com dan aplikasi AirAsia MOVE bertujuan untuk menawarkan pengalaman perjalanan yang lebih lancar.
1x Bayaran Pertukaran Percuma (1x Zero Change Fee)
Rancangan perjalanan boleh berubah, 1x Bayaran Pertukaran Percuma merupakan ciri yang baharu dilancarkan. Ia membolehkan pengembara menukar tarikh dan masa penerbangan sama ada untuk penerbangan sehala atau pergi balik AirAsia tanpa membayar yuran penukaran.
Ciri 1x Bayaran Pertukaran Percuma ini terpakai untuk semua tempahan penerbangan AirAsia. Kecuali pakej SNAP dan Premium Flex yang dibuat secara eksklusif di airasia.com atau aplikasi AirAsia MOVE dari 27 April 2026 dan seterusnya.
Easy Cancel
Easy Cancel merupakan ciri tambahan yang tersedia untuk ditambah (add-on) oleh pengembara semasa membuat tempahan. Ciri ini membolehkan pengembara membatalkan penerbangan sehingga 48 jam sebelum waktu berlepas atas apa jua alasan.
Pengguna boleh menerima bayaran balik sehingga 80%, termasuk tambang asas, cukai, dan perkhidmatan tambahan, dengan bayaran balik diproses dalam masa 10 hari. Tambahan ini secara efektif menghapuskan risiko membuat tempahan awal pada masa yang tidak menentu.
Foto – airasia MOVEAnsuran 0% untuk SNAP! (Penerbangan+Hotel)
AirAsia MOVE juga telah menyediakan pilihan ‘Ansuran 0%’. Ini membolehkan pengguna membahagikan pembayaran mereka kepada ansuran tanpa faedah 0% sehingga 3 atau 6 bulan.
Ciri ini tertakluk kepada tempahan dengan perbelanjaan minimum sebanyak RM500, tersedia untuk kad kredit terpilih, dan terpakai untuk pengguna di Malaysia dan Thailand sahaja.
Daftar Masuk Dalam Talian & Status Penerbangan Masa Nyata
AirAsia MOVE menawarkan daftar masuk dalam talian yang lancar bagi pengembara penerbangan AirAsia. Tersedia sehingga 14 hari sebelum waktu berlepas beserta kemaskini status penerbangan pada masa nyata. Pengembara boleh menjana pas masuk elektronik (e-boarding pass), menguruskan tempahan dan menerima kemas kini segera secara terus di dalam aplikasi.
Semakan Visa Automatik (AVC)
Bagi mereka yang menuju ke luar negara yang memerlukan visa, ciri Semakan Visa Automatik (AVC) bertujuan untuk mengelakkan kesesakan di kaunter daftar masuk.
Pengembara boleh mengesahkan status visa mereka pada masa nyata semasa tempoh daftar masuk dalam talian, dari 14 hari sehingga satu jam sebelum waktu berlepas.
Sebaik sahaja disahkan, pas masuk elektronik akan dikeluarkan serta-merta. Ia membolehkan penumpang melepasi semakan dokumen manual di kaunter lapangan terbang dan terus menuju ke balai pelepasan.
Untuk perkembangan terkini, pengembara digalakkan untuk mengikuti @airasiamove di Instagram & TikTok. Para tetamu juga boleh mengakses pembantu maya ‘AskBo’ melalui aplikasi AirAsia MOVE untuk sokongan masa nyata.
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
1
Sad
Sad
Weary
Weary

10 hours ago
9













![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)




























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)
![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)


![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)


