“Macam Budak PPRT Beli Baju Bundle”- Komen Pedas Tentang Tetamu KLFW Cetus Perang Netizen

13 hours ago 7

Nampaknya, Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) bukan sekadar jadi pentas untuk pereka fesyen mempamerkan koleksi baharu. Malah, setiap tahun ada saja isu yang buat netizen ‘berkampung’ di ruangan komen.

Kali ini, perhatian tertumpu kepada satu hantaran di Threads yang mengkritik penampilan tetamu yang hadir ke acara berprestij itu. Boleh kata, ayat yang digunakan memang pedas sampai ramai rasa kurang senang.

KLFW Cetus Perang Netizen

“Macam Halloween, Bukan Fashion Week”

Menerusi perkongsian tersebut, individu berkenaan mendakwa suasana KLFW langsung tidak menggambarkan sebuah minggu fesyen bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, gaya yang digayakan kebanyakan tetamu lebih menyerupai kostum sambutan Halloween berbanding fesyen yang mempunyai identiti serta potongan yang kemas.

Dia turut membandingkan KLFW dengan minggu fesyen di luar negara yang disifatkan lebih menampilkan rekaan bespoke, jahitan berkualiti dan sentuhan craftsmanship yang lebih eksklusif.

KLFW Cetus Perang Netizen

Namun, apa yang paling mencuri perhatian apabila individu terbabit mendakwa penampilan sebahagian tetamu seolah-olah “budak PPRT beli baju bundle mix and match”, selain menggunakan beberapa gelaran yang dianggap menghina terhadap individu lain.

Ada Yang Setuju, Ada Yang Anggap Keterlaluan

Menjengah ke ruangan komen, ada juga netizen yang menyokong pandangan tersebut.

Seorang pengguna mendakwa segelintir pengunjung dilihat terlalu yakin berjalan di sekitar KLCC seolah-olah sedang berada di pentas peragaan fesyen antarabangsa.

“Lepas tu kan bila sorang-sorang jalan sekitar KLCC tu umpama kita pandang dia dengan rasa kagum. Dia punya berlagak tu mengalahkan Victoria Beckham & David Beckham tengah berjalan. Padahal orang duk mengata dia dalam hati,” tulisnya.

KLFW Cetus Perang Netizen

Dalam masa sama, ramai juga tampil mempertahankan KLFW. Bagi mereka, dunia fesyen sememangnya tentang ekspresi diri. Tak semua orang perlu berpakaian mengikut citarasa yang sama, malah konsep fashion week sendiri memberi ruang untuk orang ramai tampil lebih berani, eksperimental dan di luar kebiasaan.

Fesyen Memang Subjektif, Tapi Hormat Itu Penting

Pada pendapat MURAI, tak salah kalau seseorang nak beri pandangan tentang fesyen. Lagipun, citarasa setiap orang memang berbeza. Ada yang suka gaya minimalis, ada pula yang lebih gemar tampil unik dan ‘extra’.

Tetapi bila komen mula menyentuh fizikal, status sosial atau melabel individu dengan gelaran yang merendahkan orang lain, perbincangan tentang fesyen dah lari daripada tujuan asal. Kalau tak minat sesuatu gaya, itu normal. Tapi mungkin lebih baik kritik pakaian, bukan orang yang memakainya. Sebab akhirnya, fesyen ialah satu bentuk ekspresi diri dan setiap orang berhak untuk tampil mengikut keyakinan masing-masing.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

4

Star

Star

5

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |