Luahan Aril Pilus Tentang Abang Undang Sebak Ramai- “Tak Puas Membesar Dengan Dia”

12 hours ago 8

Penyanyi Aril Pilus kembali mencuri perhatian ramai selepas membuat luahan bahawa dirinya sangat merindukan abangnya, Allahyarham Izwan Pilus.

Menerusi hantarannya di platform Threads, Aril atau nama sebenarnya Khairil Azam bertanya kepada pengikutnya mengenai satu hajat yang diingini oleh mereka, dan jika ia boleh dimakbulkan.

“Kalaulah, 1 doa/ permintaan/ hajat korang benar-benar dikabulkan on the spot! Apa yang korang nak?”

Bagi Aril, dia berhajat untuk abangnya kembali. Bagi penyanyi itu, dia merasakan tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk menjalani hidup dan mencipta memori bersama abangnya.

“Aku, abang aku. Please, aku tak puas membesar dengan dia (Izwan).”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna Threads meluahkan rasa sebak mereka terhadap hajat Aril. Walau bagaimanapun, ada juga segelintirnya berkongsi kebaikan Allahyarham yang tidak dapat dilupakan.

“Al-Fatihah untuk Abang Wan (Izwan). Abang Wan memang baik, aku saksi dia orang yang bagus, lembut budi bicaranya.”

Untuk rekod, Izwan Pilus meninggal dunia pada Januari 2012 akibat jangkitan kuman dalam darah dan jangkitan kencing tikus.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

3

Star

Star

3

Sad

Sad

1

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |