L.Soulle Skincare Korea Bersijil Halal Kini di Watsons, Disokong Selebriti Malaysia

9 hours ago 7

Bagi yang menggemari produk penjagaan kulit dari Korea, L.Soulle kini muncul sebagai pilihan baharu yang menarik perhatian. Sebagai jenama Korea pertama yang mendapat sijil Halal dan Vegan, L.Soulle tampil menyerlah di acara Watsons K-Beauty Festa yang berlangsung di Mid Valley Exhibition Center dari 24 hingga 27 April lalu. Sambutan hangat daripada pengunjung jelas membuktikan minat yang tinggi terhadap produk jenama ini.

Secara rasmi, L.Soulle kini sudah dilancarkan di Watsons Malaysia dan boleh didapati di lebih 100 cawangan seluruh negara. Pelancaran ini menjadi satu langkah penting dalam memperluaskan capaian mereka di pasaran Malaysia.

Menambah lagi kekuatan jenama ini di Malaysia, L.Soulle turut menjalinkan kerjasama eksklusif bersama beberapa selebriti tempatan yang cukup dikenali ramai. Antaranya ialah penyanyi dan pelakon Amira Othman, personaliti media sosial dan pelakon Thalita, pelawak dan usahawan Shuib Sepahtu, pelakon dan penyanyi Fatin Afeefa, serta pempengaruh media sosial Maryam Younarae. Kehadiran nama-nama ini bukan sahaja memperkukuh imej jenama, malah mencerminkan kesesuaian L.Soulle dengan gaya hidup pengguna di Malaysia.

Di Korea pula, jenama ini pernah bekerjasama dengan selebriti terkenal seperti Yerin (Gfriend), Lee Min Hyuk (BTOB), Nancy (Momoland), pelakon Hwang Se In dan Lee Min Young, menunjukkan pengaruh L.Soulle yang semakin meluas.

Pelancaran rasmi turut dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif L.Soulle, Kim Min Jung, bersama Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia bagi Kumpulan AS Watson, Caryn Loh, serta Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia, Danny Hoh. Turut hadir memeriahkan majlis ialah Ayda Jebat, Duta Watsons dan selebriti tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif L.Soulle, Kim Min Jung turut hadir bersama Caryn Loh, Pengarah Urusan Watsons Malaysia merangkap Ketua Operasi Kesihatan & Kecantikan Asia bagi Kumpulan AS Watson, dan Danny Hoh, Ketua Pegawai Operasi Watsons Malaysia.

Antara produk yang diperkenalkan termasuk Mist Toner, Serum, dan Krim daripada siri Moisturizing Miracle yang memberi fokus kepada pencerahan kulit, pengurangan kedutan dan keseimbangan lembapan. Untuk perlindungan matahari pula, L.Soulle menawarkan dua produk menarik iaitu Mild Sunscreen dan Mild Sun Cushion,  yang sesuai digunakan seisi keluarga termasuk bayi.

Dengan kehadiran rasmi di Watsons Malaysia, pengguna kini boleh mencuba sendiri keberkesanan dan keunikan rangkaian produk penjagaan kulit dari L.Soulle di cawangan berhampiran.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |