KRU Berjaya Lakar Sejarah, Konsert GenKRU Terima Dua Pengiktirafan Malaysia Book Of Records!

10 hours ago 6

Kumpulan KRU berjaya melakar sejarah apabila menerima daripada Malaysia Book of Records (MBR) menerusi pencapaian luar biasa dan penuh fenomena di atas penganjuran Konsert GenKRU 2025 selama empat hari yang berlangsung di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Persembahan Terbanyak Dalam Satu Siri Konsert!

Malaysia Book of Records memberi pengiktirafan kepada trio adik-beradik yang terdiri daripada Dato’ Norman Abdul Halim, Dato’ Yusry dan Edry menerusi penganugerahan MOST SHOW IN A SINGLE CONCERTS SERIES (Persembahan Terbanyak Dilakukan Dalam Satu Siri Konsert).

KRU telah melakukan persembahan konsert selama empat malam iaitu pada tarikh 3, 4, 10 dan 11 Mei 2025.

Kongsi salah seorang anggota KRU, iaitu Norman turut menitipkan ucapan terima kasih buat peminat yang telah memberikan sokongan selama lebih tiga dekad dalam industri sehinggalah penganjuran Konsert GenKRU selama empat malam sehingga menerima dua pengiktirafan Malaysia Book Of Records.

“Pencapaian ini adalah sebuah apresiasi bukan untuk KRU secara peribadi tetapi buat peminat yang telah menjadikan Konsert GenKRU 2025 daripada rencana asal hanya satu malam kepada dua, tiga sehingga empat malam.”-ujar Norman mewakili KRU

Konsert GenKRU Cipta Rekod Penjualan Tiket Konsert Terpantas!

Tidak hanya KRU, penganjur Konsert genKRU 2025, ICON Entertainment (M) Sdn Bhd turut menerima pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBR) dengan MOST CONCERT TICKETS SOLD OUT IN AN HOUR (Penjualan Tiket Konsert Terpantas Dalam Tempoh 1 JAM).

Pengiktirafan tersebut diberi selepas 8,000 tiket Konsert genKRU terjual dalam tempoh satu jam.

Konsert genKRU yang sudah dihadiri oleh lebih 30,000 peminat turut menyaksikan kemunculan istimewa undangan khas seperti kumpulan Feminin, Elite dan Adam AF.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |