Acara larian bertaraf antarabangsa, Kuala Lumpur Standard Chartered Marathon 2025 atau KLSCM 205 secara rasmi telah habis dijual untuk semua kategori.
Pendftaran awam yang dibuka pada pagi ini, jam 10.00 pagi telah mencapai kapasiti penuh dalam rekod masa kurang dari empat jam.
Pendaftaran yang telah bermula pada 17 April lalu adalah untuk mereka yang layak untuk Pendaftaran Keutamaan serta program Run For A Reason (RFAR) dan Cabaran Korporat.
Pelari yang masih berhasrat untuk mendapatkan slot dalam KLSCM 2025 boleh memilih untuk mendaftar di bawah inisiatif amal RFAR untuk berlari bagi tujuan amal dan mengumpul dana untuk RFAR.
Cabaran Korporat pula adalah platform kompetitif namun menyeronokkan untuk syarikat mendaftar dan bersaing sebagai pasukan korporat melakukan amal sambil berlari.
Pengarah Dirigo Events dan Pengarah Projek KLSCM, Rainer Biemans berkongsi rasa rendah diri dengan sambutan luar biasa daripada komuniti pelari dan menghargai semangat serta sokongan mereka terhadap sukan dan acara ini.
“KLSCM sentiasa menjadi platform untuk pelari dari semua peringkat meningtkatkan tahap inividu mereka dan kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta untuk perlumbaan tahun ini.”-kata Rainer Biemans
KLSCM 2025 akan diadakan pada 4 dan 5 Oktober 2025. Penaja utama adalah Standard Chartered Malaysia manakala jenama sukan ASICS dan Hospital Pantai Kuala Lumpur (HPKL) adalah Gold Sponsors.
Rakan-rakan rasmi lain termasuklah 100 Plus, Counterpain, High 5 Nutrition, Seiko dan TudungPeople.
Acara ini juga disokong oleh venue host, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Persatuan Olahraga Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, serta Polis Trafik Kuala Lumpur.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web KLSCM di http://www.kl-marathon.com/ atau media sosial mereka iaitu Facebook dan Instagram.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.