Sebelum ini kecoh di Negara kita apabila berlakunya kes serangan asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, pada 5 Mei 2024, apabila beliau disimbah asid di sebuah pusat membeli-belah di ibu kota.
Kes Diklasifikasikan Sebagai NFA
Keesokan harinya, Faisal disahkan mengalami kecederaan lecur tahap empat dan perlu menjalani beberapa siri pembedahan.
Kes beliau kemudiannya diambil alih oleh Unit Siasatan Terkelas Bukit Aman pada 25 November, namun, pada 8 Mei 2025, peguam Faisal mendedahkan bahawa pihak Jabatan Peguam Negara telah mengklasifikasikan kes ini sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).
Kenyataan ini telah mencetuskan kritikan daripada netizen dan pelbagai pihak dan ada pihak yang menyeru agar siasatan diteruskan demi keadilan untuk Faisal.
Kegagalan Sistem Melindungi Wira Negara?

Bukan itu sahaja, ada pihak yang mendakwa bahawa tindakan menutup kes ini mencerminkan kegagalan sistem dalam melindungi wira negara dan menghantar isyarat bahawa penjenayah boleh bebas tanpa hukuman.
Malah netizen juga mengharapkan agar keadilan buat Faisal mesti ditegakkan kerana beliau bukan hanya mangsa, tetapi juga ikon sukan negara.
Malah peguam Faisal dari firma Mohd Ashraf, Nik Zarith & Co turut meluahkan kekecewaan, menggesa polis memperhebat siasatan dan tidak menutup kes tanpa keadilan.
Mereka menegaskan bahawa kes ini diklasifikasikan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan — satu kesalahan berat yang boleh membawa hukuman sehingga 20 tahun penjara.
Ambil Tindakan Terhadap Pihak Polis?

Menurut peguam Mohd Haijan Omar, kegagalan membawa mana-mana suspek ke muka pengadilan bermakna mangsa masih belum menerima keadilan sewajarnya.
Malah menurut bekas menteri undang-undang, Zaid Ibrahim, mencadangkan agar Faisal mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak polis atas kecuaian awam.
Melihat di Instagram milik Suria Malaysia, ada satu wawancara bersama Faisal Halim dan beliau mendedahkan bahawa sukan ini merupakan karier yang dikejarnya sejak kecil.
Ini Karier Saya Kejar Sejak Kecil, Jangan Aniaya Saya
Malah beliau juga memohon supaya individu yang terbabit tidak menganiya beliau. Diruangan komen, ramai yang kelihatan tidak berpuas hati malah ada yang mempersoalkan kembali kejadian yang berlaku tersebut.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.