Jam Tangan Kini Boleh Jadi ‘Health Buddy’ Dengan Galaxy Watch9

12 hours ago 6

Kalau dulu jam pintar sekadar kira langkah dan tunjuk notifikasi, sekarang lain cerita. Samsung tampil dengan Galaxy Watch9 yang bukan saja bergaya, malah boleh jadi ‘health buddy’ yang sentiasa ada di pergelangan tangan anda.

Bagi MURAI, inilah jenis gajet yang memang sesuai untuk mereka yang nak mula hidup lebih sihat tanpa perlu fikir benda yang rumit.

Galaxy Watch9: AI Pantau Kesihatan, Lagi Mudah Faham Badan Sendiri

Keistimewaan paling menarik sudah tentu ciri kesihatan berasaskan AI. Galaxy Watch9 menggunakan sensor BioActive untuk memantau pelbagai bacaan kesihatan seperti kadar denyutan jantung, tidur, kecergasan dan tahap pemulihan badan.

Lebih best, ia bukan sekadar paparkan data, tetapi turut memberi cadangan yang lebih personal supaya pengguna tahu apa yang perlu diperbaiki.

Selesa Dipakai Siang Sampai Tidur

Youtube video

Kalau nak pantau kesihatan 24 jam, mestilah jam itu selesa dipakai. Galaxy Watch9 hadir dengan badan aluminium yang ringan serta tali jam baharu yang lebih lembut, jadi memang ngam dipakai sepanjang hari termasuk ketika tidur.

Prestasi Lagi Laju, Skrin Pun Padu

Dikuasakan cip Snapdragon Wear Elite, Galaxy Watch9 menawarkan prestasi lebih lancar ketika digunakan. Skrinnya pula mencapai kecerahan sehingga 3,000 nits, jadi nak tengok paparan bawah matahari terik pun masih jelas. Memang no hal!

Data Kesihatan Lebih Bermakna

Apa yang MURAI suka, semua data yang dikumpul bukan sekadar nombor semata-mata. Ciri seperti Heart Health Score, Daily Cardio Load dan Fitness Index membantu pengguna memahami keadaan badan dengan lebih mudah, sekali gus memudahkan mereka membina rutin sihat.

Pilihan Tali Ikut Gaya

Tak semua orang suka gaya yang sama. Sebab itu Samsung menyediakan beberapa pilihan tali seperti Sports Band, Misty Band dan Fabric Band. Sama ada nak bersenam, bekerja atau sekadar lepak hujung minggu, semuanya boleh dipadankan mengikut gaya sendiri.

Harga Galaxy Watch9 Di Malaysia

Bagi yang dah mula rasa nak upgrade smartwatch, berikut harga rasmi Samsung Galaxy Watch9 di Malaysia:

Galaxy Watch9 44mm LTE – RM1,899
Galaxy Watch9 44mm (Bluetooth) – RM1,599
Galaxy Watch9 40mm LTE – RM1,799
Galaxy Watch9 40mm (Bluetooth) – RM1,499 

Bagi MURAI, Galaxy Watch9 bukan sekadar aksesori, tetapi teman harian yang membantu pengguna menjaga kesihatan dengan lebih bijak. Bila teknologi dah boleh mudahkan hidup macam ni, rasanya memang susah nak tolak.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

4

Haha

Haha

1

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |