Selepas tular dan didakwa menjadi pihak ketiga dalam hubungan pelakon Fify Azmi dan aktor Niezam Zaidi, pempengaruh Sarah Yasmine akhirnya tampil membuat penjelasan sebenar.
Menerusi hantarannya di platform Threads, Sarah mendakwa bahawa hubungannya dengan Niezam adalah sekadar sahabat rapat. Malah dia juga mengakui mereka saling mengenali sejak kira-kira setahun yang lalu.
“I dengan Niezam kawan rapat sahaja selama satu tahun ni.”
Menurut pempengaruh itu, dia terpanggil untuk menjelaskan keadaan sebenar selepas Fify berkongsi tangkapan layar yang mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Dalam hantarannya. Sarah juga mendedahkan bahawa terdapatnya salah faham antara mereka ketiga. Walaupun sudah berpisah, Sarah akui Fify masih lagi mencarinya untuk memberi “amaran” mengenai hubungannya dengan Niezam.
“Kepada korang semua, Fify sendiri fikir I ni ada hubungan dengan Niezam sebab dia dengan Niezam memang dah tak ada apa-apa dah time dia dm I. Jadi dia dm I in a way macam nak “warn” I pula pasal Niezam still looking for her while he’s with me. It wasn’t the other way around!”
Untuk makluman semua, berkaitan isu tangkapan layar perbualan antara Sarah dan Niezam sebelum ini, pempengaruh Singapura itu menjelaskan bahawa aktor berkenaan memerlukan bantuan untuk mengemas kediamannya. Malah dia turut menegaskan bahawa kunjungannya bukan bersendirian tetapi bersama kawan-kawan yang lain.
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
2
Haha
Haha
5
Star
Star
3
Sad
Sad
Weary
Weary

13 hours ago
8













![[VIDEO] Fesyen Aisha Retno Raih Pujian Zila Bakarin- “Satu-Satunya Artis Jimat Kos”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/06/2.webp)




























![[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-45.webp)
![[VIDEO] Lan Pet Pet Mohon Maaf Secara Bersemuka Dengan Fazura, Netizen Puji!](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/78264b39-e0e1-4128-8d9b-aaf1c4ca82c5.webp)


![[VIDEO] Datin Shahida Janji Lagu Raya Aliff Syukri Bakal Baik-Baik Sahaja-“Sebab Mama Ada Dalam Lagu Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/02/a0abde1b-7de2-412a-8b81-ee12da22a85c.webp)


