Gelar Fazura Perempuan Gila? Janna Nick Dikecam Gara-Gara Tanya Soalan Kepada Fattah Amin

6 hours ago 4

Janna Nick kembali menjadi bualan hangat di media sosial apabila kenyataannya dalam satu sesi audio siar bersama aktor Fattah Amin mencetuskan kontroversi. Dalam sesi yang pada awalnya dilihat sebagai perbualan santai antara rakan selebriti, Janna dilihat melontarkan satu soalan berbaur provokatif yang menyentuh isu perceraian Fattah dengan pelakon popular Fazura. Apa yang menjadi perhatian adalah penggunaan frasa “perempuan gila” ketika mengajukan soalan kepada Fattah, yang nyata menimbulkan rasa tidak senang dalam kalangan netizen.

Soalan Janna berbunyi: “Lelaki bila sudah berpisah apa yang dia rasa? Rasa gembira, terlepas dari beban atau rasa macam tidak perlu hadap perempuan gila ke?” Walaupun dia kemudiannya menjelaskan bahawa soalan itu hanya berbentuk situasi umum dan bukan ditujukan kepada bekas isteri Fattah, ramai berpendapat kata-kata tersebut terlalu kasar dan kurang sensitif. Air muka Fattah turut berubah sejurus soalan itu diutarakan, menandakan reaksi spontan yang menunjukkan kejutan terhadap kenyataan rakan hosnya.

Pelbagai reaksi netizen membanjiri ruang komen dengan ramai yang menyelar tindakan Janna kerana didakwa mengguris perasaan wanita, lebih-lebih lagi apabila seolah-olah mengaitkan perkataan “perempuan gila” dengan Fazura. “Saya kurang senang dengan perkataan perempuan gila yang digunakan Janna. Sebagai seorang wanita, hilang hormat sesama wanita dengan menggelarkan bekas isteri seorang lelaki sebagai perempuan gila?” kata seorang pengguna media sosial. Ada juga yang mengingatkan Janna tentang latar belakang keluarganya sendiri yang pernah melalui perceraian, dan menasihatinya supaya lebih berhati-hati dalam berbicara.

Meskipun cuba menafikan bahawa kenyataannya ditujukan kepada individu tertentu, ramai merasakan konteks perbualan itu jelas merujuk kepada Fattah dan Fazura. Namun begitu, Fattah dipuji kerana kekal tenang dan profesional sepanjang sesi tersebut, meskipun terkejut dengan soalan yang dilemparkan. Tindakan Janna ini sekali lagi mencetuskan perdebatan tentang batas profesionalisme dan sensitiviti dalam media hiburan, terutama apabila melibatkan hal peribadi rakan selebriti secara terbuka.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |