Gara-Gara Ini, Rishi Kapoor Terima 8 Tamparan ‘Maut’ Padmini Kolhapure

2 days ago 14

Pelakon Bollywood, Padmini Kolhapure dan Rishi Kapoor pernah bekerjasama dalam banyak filem. Tetapi filem yang membuatkan mereka menjadi hit dan terkenal adalah ‘Prem Rog’.

Ditayangkan pada tahun 1982, filem ‘Prem Rog’ ini menampilkan Padmini dan Rishi sebagai pasangan kekasih. Filem ini juga memaparkan beberapa adegan yang tidak dilupakan, termasuklah adegan di mana Padmini menampar Rishi sebanyak lapan kali.

Foto – Facebook

Dalam adegan tersebut, aktres itu diperlukan untuk menampar Rishi. Tetapi selepas tamparan pertamanya, pengarah Raj Kapoor tidak berpuas hati dan memintanya untuk tidak lakukan tamparan lembut.

“Biasanya dalam adegan aksi, mereka akan samakan bunyi tamparan dengan aksi. Tetapi Raj tidak mahukan itu, dia mahu saya tampar dengan betul. Pertama kali, ayunan tamparan saya adalah lembut. Raj tidak berpuas hati dan minta saya untuk ulang. Dan saya terpaksa tampar kira-kira 7-8 kali.”

Foto – Pinterest

Jadi, disebabkan oleh itu dia terpaksa menampar Rishi beberapa kali sehingga Raj puas hati. Akuinya, dia tidak tahu apa yang akan berlaku jika tempat Rishi digantikan dengannya, menerima jumlah tamparan itu.

Boleh gaduh rasanya kan…

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |