Fasha Sandha Terbang Ke Bali Demi Majlis Resepsi Luna Maya-“Sangat Gembira Kamu Bertemu Jodoh…”

8 hours ago 5

Pelakon, Fasha Sandha berkongsi momen istimewa apabila dirinya terbang ke Bali Indonesia untuk menghadiri majlis resepsi rakan selebriti Indonesia, Luna Maya yang selamat bergelar isteri kepada aktor, Maxime Bouttier pada Rabu.

Mohon Doa Orang Ramai Agar Luna Maya Cepat-Cepat Timang Bayi

Kongsi Fasha menerusi Insta Stories, Luna Maya yang merupakan sahabat lamanya itu telah menjemputnya untuk kesemua majlis termasuklah akad nikah serta persandingan, namun masa hanya mengizinkannya untuk menghadiri majlis resepsi pada malam tadi di Bali, Indonesia.

Fasha turut mengajak orang ramai untuk mendoakan agar Luna Maya dikurniakan cahaya mata dengan cepat kerana itu adalah impiannya.

“I feel honored to be part of your big day. Semua majlis dia jemput, nikah sanding, all, tapi masa hanya mengizinkan ke dinner jam 6.30 petang.

Ni pun jenuh pujuk anak-anak semua merengek nak ikut. Mana boleh, sekolah tak boleh ponteng.

Jom followers tolong doakan cepat Luna dapat baby. She said itu wish dia lepas ni, mahu cepat hamil.”-kongsi Fasha Sandha di Instagram

Gembira Luna Maya Bertemu Jodoh

Dalam pada itu, Fasha menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi beberapa foto yang memaparkan dirinya berpelukan bersama Luna Maya di majlis resepsi berkenaan selain meluahkan rasa gembira apabila sahabat lamanya itu telah menemui pasangan hidup.

“Sangat gembira kamu bertemu jodoh Luna sayang. Terima kasih kerana berkongsi hari istimewa ini bersama kami🥹 . Perkahwinan yang sangat indah 🌸.”-tulis Fasha Sandha di Instagram

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |