Terdahulu, ucapan khas dibuat Erra Fazira dalam Instagram miliknya seperti ditujukan kepada seseorang istimewa yang tidak didedahkan identitinya mencuri perhatian ramai.
Ucapan Khas Buat Individu Istimewa
Malah Erra juga menjelaskan ucapan selamat ulang tahun ditujukannnya buat individu istimewa yang tular hanyalah sebagai satu kejutan.
Dalam hantaran di Instagram tersebut, Erra membuat ucapan ulang tahun kelahiran buat insan disifatkannya sebagai mendamaikan.
Atas hantaran tersebut, Erra Fazira sekali lagi menjadi perhatian ramai apabila menggelar dirinya sebagai ‘Miss E’ ketika diusik mengenai khabar angin hubungan cintanya dengan jejaka dikenali sebagai Mr. E pada konsert minggu ketujuh Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11).
Lebih Terbuka
Dalam sesi perbualan tersebut, dilihat seakan-akan tiada sebarang penafian yang muncul daripada mulut Erra apabila ditanya mengenai statusnya dengan Mr. E.
Dia sebaliknya hanya tergelak ketika pengacara program mula membuka topik tentang kedai kuih dan gosip cintanya yang tular sejak beberapa hari lalu.
Terbaru, Erra Fazira dilihat kian terbuka berkongsi keakraban hubungannya dengan jejaka digelar Mr E di mata umum.
Dalam hantaran di Instagram, Erra dilihat bersama individu berkenaan ketika melawat pesakit di sebuah hospital selain ditemani pengurusnya.
Hantaran itu juga dikongsi sendiri Mr E atau namanya Ezwan Zain yang mendoakan kesembuhan terhadap pesakit dikenali sebagai Syam itu.
Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini.