Dress & Gaun Pengantin Jaclyn Victor Buat Netizen Terpegun!-“Jac Bukan Muslim, Tapi Sangat Sopan…”

1 day ago 14

Umum mengetahui penyanyi terkenal, Jaclyn Victor kembali mendirikan rumah tangga bersama jejaka pilihan hatinya yang merupakan seorang pensyarah, Calvin T Samuel dalam sebuah majlis yang berlangsung pada 25 Mei 2025 di salah sebuah hotel terkemuka di Kuala Lumpur.

Jaclyn menerusi hantaran di Instagram, turut memuatnaik beberapa foto dirinya yang anggun menggayakan dress dan gaun pengantin berwarna putih rekaan pereka terkenal, Rizman Ruzaini.

“Suami saya sebenarnya mengalirkan air mata ketika dia melihat saya dress pengantin untuk pertama kali dan ballgown untuk resepsi membuatkan saya kelihatan seperti seorang puteri. Kedua-duanya classy dan elegant dan sangat cantik dan timeless.

Ini adalah kali pertama saya memakai dress pengantin juga tau, memang so cantik. Saya rasa extra special. Apa lagi rekaan RR. Letopp.”-Kongsi Jaclyn Victor di Instagram

“Jac Bukan Muslim Tapi Sangat Sopan…”

Di ruangan komen, rata-rata netizen berkongsi rasa teruja melihat penampilan Jaclyn yang sangat anggun menggayakan dress dan ballgown pada hari perkahwinannya, malah ramai yang memuji Jaclyn  kelihatan sangat sopan biarpun dia bukanlah individu beragama Islam.

“Sesungguhnya aku malu tengok dress Jac yang sopan berbanding wedding dress artis Muslim yang terdedah. You are very beautiful Jac. Congrats both of you!.”

“Anda tak perlu seksi untuk kelihatan cantik. Stunning Jac. Congrats both of you.”

“Cantiknya baju dia, lurve gilaa.”

“Cantiknya plus sopan.”

“Your dress look luxurious and stunning, its what we might call ‘less is more’ but still very glamorous.”

“Baju dia cantik betul, sopan je.”

“Jac bukan Muslim tapi sangat sopan. Saya peminat awak selamanya.”

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |