Dipukul Hingga Dijual, Ini Kisah Perkahwinan Karisma Kapoor Yang Ngeri!

1 day ago 15

Selepas putus cinta dengan Abhishek Bachchan pada penghujung tahun 90-an, aktres Karisma Kapoor telah bertemu dengan seorang ahli perniagaan yang bernama Sanjay Kapoor.

Ketika itu Karisma mengatakan Sanjay sebagai “putera idamannya” dan mereka telah melangsungkan perkahwinan pada tahun 2003. Perkahwinan itu menjadikan status Karisma sebagai isteri kedua memandangkan itu perkahwinan kedua Sanjay.

Foto – Pinterest

Pada awalnya perkahwinan ini bermula atas dasar cinta, tetapi segala-galanya berubah menjadi mimpi ngeri untuk Karisma. Dalam salah satu temu bual lamanya, selepas bercerai dengan Sanjay, Karisma memberitahu mimpi ngerinya bermula sejak bulan madu mereka.

Foto – India Glitz

Semasa berbulan madu, Sanjay telah ‘menjual’ Karisma kepada rakan perniagaannya. Dia diarahkan untuk menemani dan meniduri rakan-rakannya.

Foto – Pinterest

Sejak daripada itu, bermulalah episod keganasan rumah tangga. Ketika Karisma mengandungkan anak pertama mereka, dia telah dipukul sehingga trauma oleh suami dan ibu mertuanya.

Menurut sumber terdekat, ibu mertuanya telah menghadiahkan pakaian kepada Karisma tetapi dia tidak boleh memakainya semasa hamil dan kemudian dia dipukul oleh ibu mertuanya dan Sanjay.

Digeruni dengan keganasan dan ketakutan, Karisma akhirnya memilih untuk berpisah demi kebaikan anak-anaknya. Mereka bercerai pada tahun 2012 dan hak penjagaan anak-anak jatuh kepada Karisma.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |