Dari TikTok ke Pentas Anugerah – KSIA Umum KamiSempoi Golden Award 2024

1 day ago 10

MURAI MY berpeluang menghadiri majlis pelancaran KamiSempoi Golden Award 2024 yang berlangsung di pejabat rasmi KamiSempoi International Agency (KSIA) di Quill City Mall, KL. Majlis penuh meriah ini turut dihadiri oleh pengasas KSIA, Pakcik Chin Swee, bersama barisan ikon TikTok seperti Adelyn Heng, Riezman Khuzaimi, dan Bulan Asyraff.

Lebih Banyak Kategori, Lebih Ramai Dirai

Tahun ini, anugerah yang ditawarkan lebih meriah berbanding sebelum ini. Pakcik Chin Swee menjelaskan bahawa peningkatan jumlah kategori — termasuk kategori baharu khas untuk Malaysia, Indonesia dan Singapura — adalah sebagai tanda penghargaan kepada semua yang telah bekerja keras di bawah naungan KSIA.

Menurut beliau, salah seorang daripada pemenang negara ini akan dinobatkan sebagai Top Host KamiSempoi of The Year 2024. Ia bukan sekadar anugerah, tapi satu pengiktirafan besar buat mereka yang benar-benar menunjukkan prestasi luar biasa di platform TikTok. Label Muzik & Lagu Rasmi “KamiSempoi”

KSIA juga mengumumkan pelancaran label muzik rasmi mereka. Lagu sulung berjudul “KamiSempoi” ciptaan Kimchi Kacak akan dipersembahkan oleh Bulan Asyraff pada malam anugerah. Dari busker jalanan ke pentas realiti, kisah Bulan memang menginspirasikan!

Bulan Asyraff Nyanyi Lagu Rasmi KamiSempoi

KSIA Luaskan Sayap ke Sabah & Asia

Majlis turut diselitkan dengan perancangan masa depan KSIA. Pakcik Chin Swee menyatakan Sabah menjadi antara lokasi tumpuan kerana permintaan tinggi untuk menjadi sebahagian daripada live host KSIA datang dari sana. Justeru, KSIA kini dalam proses membuka pejabat baharu di Sabah untuk membina lebih ramai bakat dari Borneo.

Tidak cukup dengan itu, KSIA turut menyasarkan untuk terus memperkukuhkan nama mereka di Asia Tenggara dan dalam masa terdekat, melebarkan sayap ke seluruh Asia.

Pakcik Chin Swee

KamiSempoi Bukan Biasa-Biasa

Murai.my cukup teruja melihat kesungguhan dan semangat yang ditunjukkan oleh KSIA. Bukan sahaja dalam membentuk komuniti live host yang aktif dan berjaya, malah dalam mengiktiraf pencapaian mereka melalui platform yang betul.

Dengan acara gilang-gemilang yang menanti, KamiSempoi Golden Award 2024 jelas bukan sekadar anugerah – ia adalah lambang satu pergerakan yang membina masa depan baharu dalam dunia digital hiburan.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |