Golongan usahawan wanita kini mempunyai peluang lebih besar untuk mengembangkan perniagaan apabila kerajaan memperkenalkan Dana Ekonomi Usahawan Wanita (DEWI).
Inisiatif ini diumumkan oleh Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia.
Program ini diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) bagi memperkasa ekosistem perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) milik wanita di seluruh negara.
Malah, dana ini dijangka memberi manfaat kepada sekitar 200,000 hingga 300,000 usahawan wanita sepanjang tahun ini.
Dana Sehingga RM3 Bilion
Melalui inisiatif ini, kerajaan menyediakan jumlah dana sehingga RM3 bilion dengan pembiayaan yang boleh mencecah sehingga RM3 juta bagi setiap usahawan yang layak.
Langkah ini bertujuan membantu usahawan wanita mendapatkan modal bagi:
- Mengembangkan perniagaan
- Menambah modal kerja
- Membeli aset perniagaan
- Meningkatkan kapasiti pengeluaran
Agensi Yang Terlibat
Program pembiayaan di bawah dana DEWI dilaksanakan melalui empat agensi utama iaitu:
- Tekun Nasional
- Bank Rakyat
- SME Bank
- Amanah Ikhtiar Malaysia
Setiap agensi menyediakan skim pembiayaan yang berbeza bagi memenuhi keperluan usahawan wanita dari perniagaan mikro sehingga perusahaan kecil dan sederhana.
Program Pembiayaan Yang Ditawarkan
Antara program pembiayaan yang boleh dimohon melalui dana DEWI adalah seperti berikut:
1. Skim Pembiayaan Wanita – Tekun Nasional
- Skim ini disediakan oleh Tekun Nasional dengan jumlah pembiayaan sehingga RM30,000.
Butiran pembiayaan:
- Pembiayaan maksimum: RM30,000
- Tempoh bayaran balik: sehingga 3 tahun
- Kadar keuntungan: sehingga 4% setahun

2. BR BizLady-i – Bank Rakyat
- Program ini disediakan oleh Bank Rakyat khusus untuk membantu usahawan wanita mengembangkan perniagaan mereka.
Maklumat pembiayaan:
- Jumlah pembiayaan: sehingga RM1 juta
- Tempoh bayaran balik, PKS: sehingga 7 tahun dan Mikro: sehingga 5 tahun
- Kadar keuntungan: sekitar 4% hingga 5.25% setahun

3. MySMELady 2.0 – SME Bank
- Program ini ditawarkan oleh SME Bank bagi membantu usahawan wanita meningkatkan kapasiti perniagaan.
Butiran pembiayaan:
- Minimum pembiayaan: RM100,000
- Maksimum pembiayaan: sehingga RM3 juta
- Tempoh bayaran balik: sehingga 5 tahun
- Kadar keuntungan: sekitar 5% setahun

- Skim ini dikendalikan oleh Amanah Ikhtiar Malaysia yang memfokuskan kepada wanita daripada isi rumah berpendapatan rendah.
Maklumat pembiayaan:
- Pembiayaan sehingga RM30,000
- Tempoh bayaran balik sehingga 150 minggu
- Peruntukan keseluruhan: RM2.7 bilion
Antara skim yang ditawarkan termasuk:
- i-Wibawa – tambahan modal perniagaan bermusim
- i-Sejahtera – skim sosial usahawan wanita
- i-Bestari – meningkatkan perniagaan
- i-Penyayang – bantuan sosial usahawan wanita

Cara Mohon Dana DEWI
Permohonan boleh dibuat melalui agensi yang menyediakan program pembiayaan tersebut.
Berikut cara memohon:
- Skim Pembiayaan Wanita
Kunjungi mana-mana cawangan Tekun Nasional - BR BizLady-i
Mohon secara online melalui portal rasmi Bank Rakyat - MySMELady 2.0
Layari laman rasmi SME Bank - Skim Pembiayaan Ikhtiar
Hubungi atau kunjungi cawangan Amanah Ikhtiar Malaysia
Bagi Murai, inisiatif seperti Dana DEWI ini memang satu langkah yang sangat baik kerana semakin ramai wanita kini aktif dalam dunia perniagaan. Dengan adanya pembiayaan sehingga RM3 juta, usahawan wanita bukan sahaja boleh memulakan perniagaan kecil tetapi juga mengembangkan perniagaan mereka ke tahap yang lebih besar.

6 hours ago
5













![[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-54.webp)

![[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/03/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-55.webp)
































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)



![[VIDEO] Lelaki Pukul Isteri Selepas ‘Kantoi’ Curang, Alasan Penyondol Buat Ramai Mengekek- “B Tu Brother La”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3.jpg)

