Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

17 hours ago 7

Puteri Jalila binti Ali, iaitu anak saudara Raja Abdullah II dan Ratu Rania, yang berusia 20 tahun telah mencuri perhatian seluruh dunia selepas membuat penampilan awam terbarunya.

Namanya secara tiba-tiba menjadi bualan ramai selepas muncul di konsert muzik tradisional Cina di Pusat Kebudayaan China di Amman, Jordan.

Jarang tampil di khalayak umum, kehadirannya di konsert tersebut tealah membuatkan ramai yang tertanya-tanya siapa sebenarnya Puteri Jalila.

Kenali Puteri Jalila, Anak Saudara Raja Abdullah II

Untuk pengetahuan semua, Puteri Jalila ialah anak perempuan Putera Ali bin Al-Hussein iaitu abang tiri kepada Raja Jordan, Raja Abdullah II. Putera Ali turut memegang gelaran diraja dan jarang muncul di khalayak ramai.

Pendidikannya pula, Puteri Jalila belajar di sekolah terkemuka di Jordan dan telah menamatkan pengajian pada Jun 2023 bersama sepupunya, Putera Hasheem iaitu putera bongsu Raja Abdullah II.

Minat Sukan Berkuda

Di luar aktiviti diraja, dia menunggang kuda secara kompetitif. Pada tahun 2021, puteri ini telah menjadi peserta termuda dalam Piala Daya Tahan Governorates (Galops of Jordan).

Piala Daya Tahan Governorates ialah pertandingan menunggang kuda ketahanan selama lima hari, kira-kira 200 kilometer merentasi Wadi Rum dan Petra.

Selain daripada itu, Puteri Jalila juga pemain tetap di acara sukan, terutamanya bola sepak wanita. Bapanya, Putera Ali pernah menggelarnya sebagai “pembawa tuah” untuk pasukan kebangsaaan Jordan.

Walaupun tidak berada dalam garis keturunan, kecantikan dan pencapaian sukan Puteri Jalila telah mencuri perhatian seluruh dunia.

Thumbs

Thumbs

4

Hearts

Hearts

3

Haha

Haha

5

Star

Star

1

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |