Berang Aishwarya Rai Digelar ‘Plastik’, Ini Respons Abhishek Bachchan

1 month ago 49
Situs Info Live Sekarang Tepat Terbaik

Ramai yang tahu betapa lantangnya Abhishek Bachchan ketika mempertahankan isterinya, Aishwarya Rai daripada kritikan yang tak perlu.

Dalam temu bual lama dengan BBC Asian Network, Abhishek dengan tegasnya menyelar kenyataan keras orang ramai tentang Aishwarya, memanggilnya “hanya wajah yang cantik” dan melabelnya sebagai “plastik”.

Foto – Masala

Semasa temu bual itu, Abhishek menjelaskan di luar kecantikannya, Aishwarya telah mengambil beberapa peranan paling mencabar dalam kerjayanya.

“Sebenarnya jika anda pergi melihat, saya tidak bercakap sebagai seorang suami, saya bercakap sebagai pelakon bersama- dia telah melakukan beberapa peranan paling berani yang dilakukan oleh seorang pelakon, yang kononnya hanya dikenali kerana kecantikannya.”

Foto – Mashable India / DNA India

Abhishek juga menegaskan bahawa Aishwarya tidak pernah terlalu mengambil berat tentang penampilannya tetapi menyerlahkan bakatnya dalam beberapa filem seperti ‘Provoked’, ‘Chokher Bali’, ‘Raincoat’ dan ‘Guru’. Filem-filem tersebut mempamerkan kehebatan lakonannya dan bukan penampilannya.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |