Bekas Kekasih Ammar Alfian Dedah Bukti Perbualan WhatsApp, Mahunya Mati Dalam Kematian Menyakitkan?

8 hours ago 3

Nama pelakon, Ammar Alfian menjadi bualan ramai di media sosial selepas disyaki membelasah bekas teman wanitanya.

Menerusi hantaran di Instagram, wanita yang dikenali sebagai Qhaisha turut mendedahkan bukti perbualannya bersama individu yang didakwa aktor tersebut yang menitipkan harapan agar Qhaisha akan meninggal dalam kematian yang menyakitkan.

Tambahnya lagi, wanita ini turut mendedahkan bahawa dia cuba untuk untuk tidak membuat laporan polis walaupun disaran oleh orang ramai, namun pengurus kepada Ammar difahamkan membuat laporan polis terhadapnya disebabkan isu berkenaan.

“Mental la nak repost benda-benda macam ni. Sorry aku dah tak affected. Hati aku dah mati bila aku nampak kau dan manager kau pada hari itu. Hati aku lagi Mati bila kau biarkan manager kau panggil polis kepada aku, ‘teman wanita’ yang kau kononnya sayang. Kau Hancurkan Aku.

Berbulan orang suruh aku report polis kerana tak kira bagaimana aku sembunyikannya, orang masih nampak lebam yang kau lakukan. Aku cover dan cakap itu adalah kecederaan gym dan seni mempertahankan diri di mana aku tidak melakukan langsung seni mempertahankan diri.

Manager kau ada hati nak buat report kepada aku padahal korang dua ekor je tahu aku have all the bullets.”-tulis Qhaisha di Insta Stories

Dalam pada itu, Ammar menerusi hantaran di Instagram, menafikan dakwaan wanita tersebut, selain menyifatkan individu terlibat menggunakan wataknya yang garang dan berbadan besar sebagai fitnah untuk menjatuhkan reputasinya sebagai pelakon.

“Sebab saya berbadan besar dan muka garang, awak guna karakter saya untuk perangkap saya. Tahun lepas awak buat benda yang sama (laporan polis) tapi saya tak buat apa-apa dan membiarkannya kerana awak kelihatan tidak matang dan terburu-buru.

Saya ambil isu ini dengan serius dan secara sah. Saya akan melawan dengan cara yang betul, iaitu Undang-undang.”-tulis Ammar di Insta Stories

Apa komen anda?

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |