Tular di media sosial apabila pihak polis mengesahkan telah menerima kes yang melibatkan anak pelakon, Ako Mustapha yang didakwa menjadi mangsa buli di salah sebuah sekolah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Ako Mustapha atau nama sebenarnya Muhaizar Ahmad Mustapha menerusi hantaran di Instagram turut berkongsi keadaan anak lelakinya, Mika yang sedang terbaring di katil hospital itu, meluahkan rasa luluh melihat keadaan Mika yang trauma kerana dibuli.
“Hati mana yang tak hancur tengok keadaan macam ni. Seorang anak kecil yang sepatutnya rasa selamat, tapi diperlakukan sampai trauma 💔.”-kongsi Ako Mustapha di Instagram
Menegaskan bahawa kes buli bukan satu gurauan, Ako turut memohon doa orang ramai agar anak lelakinya itu kuat menghadapi ujian yang menimpa.
“Buli bukan gurauan. Buli boleh tinggalkan luka seumur hidup. Bagi saya, pembuli tetap perlu dihukum tak kira bawah umur atau dewasa.
Doakan keadilan untuk Mika, semoga dia kuat hadap semua ni.”-tambah Ako Mustapha lagi
“Hukum Tetap Kena Hukum Sebagai Pengajaran…”
Di ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Mika diberikan kesembuhan, malah ada yang sempat mencadangkan agar pelakon drama Sephia ini untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap keluarga si pembuli.
“Get well soon Mika, moga keadilan untuk you.”
“Saman keluarga budak tu.”
“Saya dah baca. Ya Allah sedih betul, geram semua ada. Semoga adik cepat sembuh ya. Semoga dilancarkan segala urusan keluarga ini.”
“Ya betul, pembuli tak kira kecik ke besar ke. Hukum tetap kena hukum sebagai pengajaran. Jadikan kes Zara sebagai tauladan sampai hari ni pembuli lepas gitu je. Kita yang ibu bapa ni dok tanggung perit sampai bila-bila-bila. Moga Mika cepat sembuh, sentiasa dalam lindungan rahmat Allah SWT Aaminn.”

Ako sebelum ini menceritakan di media sosial mengenai Mika yang berusia 10 tahun titu menjadi mangsa buli selepas pulang ke rumah dengan kesan lebam pada tubuhnya. Malah, gambar dan video kecederaan telah pun dihantar kepada guru kelas, selain anaknya dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur selepas menjalani pemeriksaan di klinik kerajaan.

6 hours ago
6
![[VIDEO] ‘Dendam Seorang Mentua’, Sarat Dengan Konflik & Emosi](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/Copy-of-Feature-Image-2000-x-1240-px-2-5.webp)

















![[VIDEO] Betty Banafe Kongsi Keadaan Anak Lelaki Yang Depresi Atas Hasutan Bekas Suami, Netizen Pilu](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/1647df66-245b-4031-b9e8-b09511ba5545.webp)





















![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)








