Adakah Pantai Krabi Kini Tidak Selamat? Obor-Obor Portugis Berbisa Ditemui

10 hours ago 8

Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan Thailand kini meningkatkan langkah keselamatan di Krabi selepas penemuan obor-obor Portugis (Portuguese man-of-war) yang sangat berbisa di beberapa kawasan pantai.

Susulan penemuan itu, bendera merah dikibarkan dan aktiviti berenang dilarang di pantai terjejas termasuk kawasan di bawah Mu Ko Lanta National Park dan Hat Noppharat Thara-Mu Ko Phi Phi National Park.

Penemuan di dua taman negara

Obor-obor berbahaya itu dikesan ketika rondaan di Pantai Laem Tanod, Krabi pada 5 Jun, sebelum turut ditemui di beberapa lokasi popular Pulau Phi Phi Don seperti Ao Ling dan Sam Hat.

Pantai Krabi ditutup, langkah keselamatan diperketat

Pihak berkuasa segera mengaktifkan amaran kecemasan dengan menutup kawasan terjejas dan meningkatkan rondaan bagi mengelakkan pengunjung memasuki laut.

Obor-obor Portugis di Krabi  ini mudah dikenali melalui kantung biru keunguan seperti layar kapal, namun ia antara hidupan laut paling berbisa di dunia.

Masih berbahaya walaupun mati

Lebih membimbangkan, sesungutnya tetap boleh mencederakan walaupun sudah terdampar atau mati, dengan kesan bisa seperti melecur, sakit teruk dan gangguan pernafasan.

Pihak berkuasa menegaskan keselamatan pelancong kekal keutamaan, dengan pemantauan rapi diteruskan sehingga kawasan benar-benar selamat untuk aktiviti laut.

Thumbs

Thumbs

5

Hearts

Hearts

2

Haha

Haha

4

Star

Star

2

Sad

Sad

Weary

Weary

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |