Ada Kesan Tompok Atas Sofa, Shahida Dedah Pembantu Rumah Buat “Projek” di Rumahnya

19 hours ago 7

Sebelum ini Datin Seri Shahida, berkongsi pengalaman mengejutkan mengenai insiden tidak bermoral yang berlaku di rumahnya melibatkan pembantu rumah dan tukang kebun.

Berlaku Di Dalam Rumah

via Utusan TV

Dalam satu sesi siaran langsung, Shahida mendedahkan bahawa kedua-dua individu terbabit melakukan perbuatan tidak senonoh di ruangan bawah tanah (basement) rumahnya.

Menurutnya, kejadian tersebut terbongkar apabila beliau menemui kesan tompokan mencurigakan di atas sofa.

Perbuatan itu begitu menjijikkan dan mengundang kemarahan sehingga beliau bertindak menumbuk lelaki terbabit sebagai reaksi spontan terhadap tindakan tidak beretika di kediamannya.

Saya terlalu marah sampai saya tumbuk lelaki itu!

Saya tak boleh terima orang buat benda macam ni dalam rumah saya.

Tambah beliau, kejadian itu hanya diketahui selepas salah seorang daripada mereka ditangkap kerana mencuri.

Bukan Membuka Aib

via Utusan TV

Hal ini membawa kepada pendedahan lebih banyak perbuatan tidak jujur yang berlaku di sebalik kepercayaan yang telah diberikan kepada mereka.

Shahida turut menyatakan bahawa pendedahan ini bukan bertujuan membuka aib sesiapa kerana tiada nama disebut, sebaliknya ingin dijadikan pengajaran kepada orang ramai, khususnya mereka yang menggaji pembantu rumah atau tukang kebun.

Beliau menasihati supaya pemilik rumah lebih peka dan berhati-hati terhadap sebarang kelakuan yang mencurigakan dalam kalangan pekerja domestik mereka.

Kalau ada pembantu rumah atau tukang kebun, perkara macam ni boleh berlaku. Jangan ambil ringan

Kejadian ini mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial dan membuka perbincangan mengenai kepercayaan serta pengawasan terhadap pekerja di rumah.

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |