Salah seorang rakyat Malaysia, Zaini Ahmad telah berjaya memperoleh kejayaan yang membanggakan apabila berada pada kedudukan ke-92 bagi kategori Napolitana STG Pizza dalam Pertandingan Pizza World Championship 2026 yang berlangsung di Parma, Itali, baru-baru ini.
Zaini menerusi hantaran di Thread, turut menyatakan bahawa dia berada pada kedudukan ke-17 daripada 29 peserta yang menyertai kategori The Fastest.
“Pertandingan Pizza World Championship 2026. Untuk kategori Napolitana STG Pizza, saya berada di kedudukan 92 daripada 112 peserta (senarai belum rasmi).
Untuk kategori The Fastest, saya berada di kedudukan 17 daripada 29 peserta, dengan masa 01:27:02 saat untuk membuka 5 doh pizza paling laju.
Secara keseluruhan, pertandingan ini melibatkan 770 peserta dari 50 negara.”-kongsi Zaini di Thread

Luah Hasrat Mahu Bina Pasukan Bersama Pizza Chef Dari Malaysia
Tambah Zaini, penyertaannya itu adalah untuk menimba pengalaman dengan chef-chef bertaraf dunia, selain mahu menyimpan hasrat untuk membina pasukan pizza chef dari Malaysia untuk bertanding bersama-sama di masa akan datang.
“Seperti yang saya pernah cakap sebelum ini, tujuan saya masuk pertandingan pizza ini adalah untuk menimba pengalaman.
Saya nak rasa sendiri bagaimana bertanding dengan chef bertaraf dunia, dan berjumpa dengan pizza chef hebat dari seluruh dunia.
Untuk tahun akan datang, insyaAllah saya akan masuk lagi. Dan harapan saya, saya tidak keseorangan. Saya nak bina pasukan pizza chef dari Malaysia, supaya kita boleh bertanding bersama-sama, menimba ilmu dan pengalaman dalam pertandingan ini.”-tambah Zaini
Rakyat Malaysia Beri Kata Semangat & Bangga!
Perkongsian Zaini dibanjiri dengan kata-kata semangat oleh rakyat Malaysia yang turut meluahkan rasa bangga dengan kejayaan Zaini, malah ramai yang berkongsi rasa tidak sabar untuk merasa air tangan salah seorang peserta Pizza World Championship 2026 ini.
“Waaa tahniah! Ini pun dah membanggakan rakyat Malaysia!.”
“Tahniah Zaini, Abang bawa nama Malaysia dah cukup besar. Kami doakan abang berkarya untuk amsa akan datang.”
“Orang berilmu tersusun kata-kata, tak perlu mendabik dada. Tahniah chef pizza!.”
“Apa-apapun kami tumpang bangga. Tahniah dik! Tak sabar nak rasa air tangan Chef Pizza no.92. With this kind of exposure, i think you are going to do well in Malaysia. Teruskan berdoa dan istiqomah.”
“Alhamdulillah, permulaan yang baik pasti akan berakhir dengan kejayaan. Syabas dan tahniah atas semangat untuk majukan diri dan moga sukses selalu dan dalam rahmat Allah. Aamin.”

Kami di Murai Malaysia turut mahu mengucapkan tahniah buat Zaini Ahmad!

9 hours ago
10

![[VIDEO] Mekyun Kongsi Upacara Sembahyang Sebelum Masuk Rumah Baru, Curi Perhatian Netizen](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/04/a488be1c-755a-4384-b6d8-34ce66e909cf.webp)

































![[VIDEO] Leona Kongsi Keadaan Kereta Calar ‘Gesel’ Dinding Parking, Netizen Terhibur!-“Naik Kereta Kebal Je Laa.”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/93a02370-7602-44b5-bc9a-2762e864d6cc.webp)








![[VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- “300 Biji Sold Out!”](https://murai.my/wp-content/uploads/2025/12/3-12.jpg)


![[VIDEO] Pemuda Orang Asli Tegur Sikap Influencer, Anggap Konten Kurang Sensitif](https://murai.my/wp-content/uploads/2026/01/3-4.webp)

