“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

2 hours ago 3

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang. 

Kongsi Zarina, individu tersebut yang mengganggu Athalia merupakan ahli keluarga kepada salah seorang selebriti di Malaysia selain menjelaskan tujuannya memberikan kenyataan di Threads yang mahu individu terlibat untuk berhenti mengganggu Athalia.

“Individu itu bukan penyanyi, dan bukan seorang pelakon. Tapi dia adalah ahli keluarga kepada salah seorang selebriti di Malaysia. 

Tujuan saya bukan nak aibkan dia. Saya post benda ini di Threads, bukan di Instagram. Saya mahukan gangguan ini berhenti.

Pada mula saya mahu DM tau call dia terus sebab saya ada nombor dia. Tapi saya tak tahu keberadaan dia ketika itu, mungkin bersama isteri atau dengan anak-anak. Saya tak sanggup nak lukakan hati isteri dia.

Saya beranikan diri untuk tulis dan memang tujuan saya mahu dia berhenti. Saya rasa cara ini paling berkesan sebab saya tahu pihak media akan ambil kenyataan saya dan dia pasti akan baca. 

Alhamdulillah, setelah lebih sebulan tiada lagi gangguan daripada dia.”-kata Sharifah Zarina kepada Murai MY di Pesta Raya TVS

Mengajak Athalia Keluar Bersama Pergi Karaoke

Tambah penyanyi Langit Ketujuh ini turut menceritakan individu terlibat sering memberikan respon di IG Stories sehingga pernah mengajak Athalia untuk keluar berdua pergi karaoke.

“Dia mula-mula reply story IG Athalia, tapi itu normal kerana saya kenal keluarga dia, dan dia juga kenal keluarga saya. Kemudian, dia mula puji Athalia. Last sekali dah sampai buat ‘video call’, ingatkan family dia yang call.

Rupanya mahu ajak Athalia keluar berdua pergi karaoke. Athalia terus memberitahu saya kerana bimbang dia bakal dituduh sebagai ‘penyondol’.”-dedah Zarina lagi

Akhir Disember lalu, Sharifah Zarina tampil mendedahkan bahawa anak perempuannya, Athalia diganggu oleh seorang lelaki yang berstatus suami orang. Pendedahan tersebut dibuat secara terbuka kerana enggan merosakkan rumah tangga pihak terlibat selain tidak mahu Athalia dituduh sebagai ‘penyondol’

Apa komen anda?

Read Entire Article
Selebrity | Refreshing | | |